Latest News

Anzalna Mahu Henti Berlakon

 
 Walaupun memiliki Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia dan boleh menjadi guru Bahasa Inggeris, Anzalna Nasir, 26, memilih lakonan sebagai kerjayanya.

Bermula dengan siri Suria Di Cordoba, kemudian Ramadan Ter­akhir, Anzalna kini antara pelakon yang semakin mencipta nama.

Antara drama lakonannya ialah Gemersik Kalbu, Sirrun, Maskara, Love You Mr Arrogant, Adam Dan Hawa, Ajaibnya Cinta, Destinasi Cinta Sara dan Salahkah Aku.

Dilahirkan di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Januari 1988 dan membesar di Kuala Lumpur, Anzalna pernah menetap di Australia selama lima tahun sebelum pulang ke tanah air sekitar 2009.

Dia pernah ditawarkan menjadi pembaca berita dan pengacara, tetapi laluannya sebagai anak seni terarah kepada bidang lakonan.

Anzalna juga menyimpan hasrat menjadi penyanyi dan bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Sepanjang pembabitannya dalam seni, Anzalna juga tidak sepi daripada kontroversi. Pada 10 Jun 2012, Anzalna mencetuskan perang dingin dengan Neelofa kerana memberi kenyataan memburukkan nama Neelofa.

Enggan memanjangkan isu itu, Anzalna menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Anzalna juga berdepan krisis dengan Shah Iskandar kerana menyiarkan khidmat pesanan ringkas jejaka itu dengan kakak–nya, Diana Nasir.

Bagaimanapun, sikap profesional kedua-dua pelakon itu me­nyebabkan masalah itu cepat diselesaikan.

Ketika penggambaran siri Aku Isterinya, isteri Izzue Islam, Awin dikatakan cemburu dengan babak romantik suaminya dengan Anzalna, menyebabkan Izzue dikatakan bermasam muka dengan Anzalna demi menjaga hati Awin.

Anzalna yang kini bercinta dengan Mohamad Hanif Mohamad Zaki bercadang menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini, sekali gus menamatkan kariernya sebagai pelakon.

Keputusan itu dibuat demi menghormati suaminya. Bagaimanapun, jika ada tawaran menarik minatnya, Anzalna akan terima jika diizin suami. ______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.