Latest News

Ini Bukan MLM Tapi Networking Marketing – Azad Jazmin

Amboi sejak Azad Jazmin bagitau yang dia sudah beli Ducati Diavel selepas menyertai satu perniagaan, ramai pula yang menuduh pelakon ini memperdaya wang orang ramai menerusi perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Hari itu tak silap Abang Nara memang si Azad nie cakap dia buat bisness MLM, tup-tup hari ini di Harian Metro, Azad memaklumkan yang perniagaannya yang disertainya itu berkonsepkan Networking Marketing, bukannya MLM. Mungkin hari tue tersilap informasi kot.
azad jazmin mlmAbang Nara tak tahu dan tak berapa pandai untuk membezakan apa itu MLM dan Networking Marketing. Kalau tanya Abang Nara yang rendah ilmu ini, nampak macam sama je kedua-duanya. Namun menurut Azad, konsep pemasaran yang disertainya adalah berkonsepkan perniagaan berangkai di bawah Rania Marketing. Kata Azad:-
Mereka salah anggap dengan konsep pemasaran ini. Sebenarnya, kita ada produk untuk dijual iaitu produk kosmetik Rania dan perniagaan ini ialah Networking Marketing (pemasaran berangkai).
Kebetulan saya adalah orang pertama yang dilantik untuk jadi stokis dan bertanggungjawab mencari stokis lain yang berminat untuk menjual produk ini. Itu saja.
Saya tidak pernah berniat nak menipu dan ambil jalan mudah untuk jadi kaya tetapi ramai yang tidak henti-henti tuduh saya jual air liur saja.
Rasanya lebih baik kalau orang-orang itu cuba fahami dan dekati dulu jenis perniagaan ini sebelum buat tuduhan dan jatuh hukum.
azad
Rasanya kalau nak terangkan secara mudah, Azad adalah stokis besar dan dapat produk Rania Marketing dengan harga murah. Kemudian Azad akan cari stokis-stokis lain untuk jual produk tersebut dengan ambil sedikit keuntungan. Rasanya konsep Networking Marketing macam itulah kot. Konsep sebegini memang sering diamalkan oleh penjual produk kecantikan di Malaysia. Untung memang boleh dapat banyak kalau kena caranya. Tak apalah Azad, yang penting kita berusaha keras untuk anak bini. Kalau orang tak faham, kita terangkan. Tak gitu?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.