Baru-baru ini telah tersebar gambar Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania dengan seorang lelaki. Khabar angin bertiup kencang bahawa si lelaki yang bernama Raja Zainal Badri ini adalah kekasih Raisyyah. Memang ramai jejaka yang kecewa apabila khabar ingin bertebaran. Tambah kecewa sebab boleh tahan kacak juga orangnya Raja Zainal ini. Sekali pandang, kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan kan?
Walaupun sudah menafikan bahawa Raja Zainal itu bukan kekasihnya, ramai yang membuat tanggapan bahawa Raisyyah Rania memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan orang kaya. Abang Nara tak tahulah sama ada Raja Zainal itu kaya atau pun tak. Namun menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Raisyyah Rania di Facebooknya, bekas model ini tidak menolak sekiranya sudah tertulis bahawa jodohnya adalah seorang lelaki kaya.
Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang ALLAH tentukan, ALLAH rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut. Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar Raisyyah terima jodoh.
No comments:
Post a Comment