Latest News

Kawan Baik Dakwa Rozana Misbun Menipu, Bukti & Penerangan Ditampilkan Di Instagram

Wow. Abang Nara tidak mengenali siapa itu “MyGothSoul” namun bukti-bukti dan penerangan yang diberikan menerusi akaun Instagramnya mendakwa yang Rozana Misbun telah menipu kecederaan yang dialami untuk menyembunyikan perkara sebenar. Daripada apa yang Abang Nara baca di Instagram miliknya, “MyGothSoul” ini dikatakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana, “MyGothSoul” tampil untuk membersihkan nama baik Awie.
awie
Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah penjelasan “MyGothSoul” ini mengenai satu artikel yang pernah dipampangkan di portal Murai. Di dalam artikel ini, kakak kepada Rozana iaitu Haliza Misbun memaklumkan yang adiknya berada dalam keadaan sakit teramat sangat dan tidak ingat bagaimana gambar kecederaan itu boleh diambil. “MyGothSoul” tampil menjelaskan satu demi satu perkara itu.
rozana
VERSION 1: Saya rasa lama dah diam. Sebelum saya comment mohon semua faham bahawa apa yang Awie buat Tak betul Dan apa yang Rozana Buat LEBIH tak betul. Biar tuan punya badan nanti cerita di mahkhamah .
Dan saya nAk Tolong #halizamisbun mencari jawapan yang dia cari.
Perenggan pertama:
Tak tahu mana Datang gambar tu? Pasti Dari keluarga misbun sebab yang Ada collection iTu ialah #rozanamisbun especially gambar Dari semua sisi ni. Menurut Rozana dia tak pernah bagi Kat sesiapa pun sebab takut tersebar. Gambar masa hari pertama masuk hospital tak pulak dia tunjuk. Agaknya masa tu lighthing tak bagus kut jadi lebam tak nampak dramatic sangat.
Perenggan kedua:
Keberanian tu halizamisbun memang Ada. Semua org tahu halizamisbun berani. Rozana dalam kesakitan masa ambik gambar tu? Tak delah sakit mana kut Kalau dia boleh suruh maid Tolong ambik gambar tu . Apa pun gambar tu koleksi peribadi. Kalau tersebar mesti lah Dari Rozana. Tak payah lah nAk innocent sangat. Drama keluarga misbun ni Dan banyak kami Lihat maklumlah keluarga pelakon. Dalam kesakitan yang teramat sangat tapi boleh chat panjang lebar semua. Lepas tu esok boleh keluar Pergi bangsar, putrajaya semua. Wah mesti kuat kan Rozana ni. Sampai boleh Pergi Jalan lepas kena pukul.
Perenggan Ketiga:
Bak kata saya tadi, gambar tu ambik Pakai phone dia. Dalam phone dia. Dia yang tunjuk kan. Takkan lah tak ingat. Tapi saya pun Ada satu je gambar tu. Bukan Dari semua sisi . Hanya sisi depan. Di hantar melalui bbm. Cuba Tanya Kalau dia ingat. Dan Cuba Tanya Kat Siapa lagi Rozana ni mengadu domba Dan Kirim gambar gambar ni. Mungkin Dari situ dia boleh ingat.
Takkan amnesia kot. Cuba Tanya Tanya Kat Rozana brand brand handbag, atau kasut atau fesyen, ingat lagi tak? Kalau masih boleh ingat ok lagi lah tu
Satu statement Rozana buat didepan kami ialah “me ni dah terlalu banyak menipu sampai lupa apa yang me tipu”
I come from background of spouse abuse. Trust me in her case is not spouse abuse at all. Example, you caught your wife finish all your kids education fund over gambling or drug. What would you do?
“MyGothSoul” juga turut memuatkan beberapa ‘screenshot’ yang didakwa perbualannya dengan Rozana Misbun. Salah satu yang mencuri perhatian ialah ‘screenshot’ yang menunjukkan laporan polis dilakukan oleh Rozana untuk menutup cerita mengenai duit.
rozana
Malah “MyGothSoul” juga turut mempersoalkan komen salah satu anak Awie di Instagram bernama “Aleeya” yang menunjukkan sebenarnya hubungan antara Rozana dan anak-anak adalah tidak baik. “MyGothSoul” mendakwa air mata yang mengalir pada Rozana dalam video temuramah ini adalah palsu semata-mata.
rozana
Ada beberapa lagi bahan bukti dan penjelasan yang ditampilkan oleh “MyGothSoul” untuk membela Awie dan menunjukkan yang Rozana telah menipu. Nasihat Abang Nara, baca boleh percaya jangan. Biarlah kes ini diselesaikan di mahkamah. Makin complicated nampaknya. Tak tahu sapa benar sapa salah. Sama-samalah kita tunggu perbicaraan. Maklumat lanjut di Instagram MyGothSoul.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.