Latest News

Selamat Memeluk Islam, Felixia Yeap Pilih Nama Raisha Rania

Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak.
felixia yeapSeperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.
felixia yeap
Selamat datang diucapkan kepada Raisha Rania/Felixia Yeap. Selamat menikmati keindahan menjadi seorang muslimah. Jangan pedulikan kata-kata negatif orang ramai. Anda tahu pilihan ini adalah yang tepat. Selamat berpuasa sebagai seorang Muslimah buat pertama kali juga diucapkan kepada Felixia Yeap.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.