Latest News

Isteri Adi 'Tengok Bola Pun Tak Boleh?'




Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya – itulah perumpamaan hubungan suami isteri.

Tak hairanlah Aida Yusof yang merupakan isteri pelakon popular Adi Putra berasa bengang apabila terdapat sebilangan puak yang bagaikan tak pernah puas hati dengan artis.


Sebagai contoh Aida memaparkan gambar screen shot dari Facebook Arena Saluran 801 yang dikongsikan di sebuah forum gosip didapatinya cuba membuat spekulasi semberono tanpa asas.


Gambar yang mendapat lebih 13,000 likes itu menunjukkan Adi Putra duduk di sebelah juru latih Harimau Malaya, Dollah Salleh di stadium ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Gambar ini kemudiannya dijaja seorang ahli forum gosip yang meneka Adi Putra sedang berjinak-jinak bidang kejurulatihan bola sepak selain mencetuskan persoalan apa kaitan antara Adi Putra dengan Dollah Salleh kepada pembaca lain.

Justeru tercetuslah pelbagai spekulasi dan komen yang mungkin  menyakitkan hati Aida apabila membacanya.

Secara logiknya betul juga kata Aida, ”Hai ini pun nak dijadikan isu. Tengok bola pun tak boleh ke? Komen-komen lak tu yang bukan-bukan.Inilah manusia zaman sekarang ada je yang tak kena.”


Nasihat kami kepada Aida, sabarlah.

Ini harga yang perlu dibayar seorang selebriti apatah lagi Adi Putra pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, jadi dah tentu gerak gerinya sentiasa dalam radar kaki gosip di luar sana
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.