Latest News

Itu Bukan Gambar Pra Perkahwinan Saya – Hanez Suraya

Ah~~ Sekali lagi Abang Nara tersilap informasi. Maafkan diri ini wahai Hanez Suraya yang cantik jelita. Kalau sebelum ini Abang Nara telah membuat kesimpulan bahawa Hanez telah mengadakan sesi penggambaran pra perkahwinannya bersama pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, ternyata telahan itu tersilap. Rupa-rupanya Hanez hanya menjayakan kempen untuk koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.
hatta dolmat Ikhlas Abang Nara katakan, Hanez Suraya nampak sangat jelita, ‘stunning’ dan menawan sekali dalam persalinan pengantin Hatta Dolmat ini. Pasti kelak di hari perkahwinannya yang sebenar, Hanez akan lebih berseri-seri dan jelita. Tak sabar menanti hari tersebut. Kata Hanez:-
Terlebih dulu saya nak minta maaf kepada semua selama ini atas persoalan yang terus menjadi tanya. Tak pernah terlintas dari mulut yang saya akan bernikah dengan jejaka pilihan hati tak lama lagi. Mustahil saya berbuat begitu kerana selama ini benda yang baik pasti saya kongsi.
Dengan kontroversi yang melanda diri saya (termasuk dituduh sebagai perampas dan perosak kebahagiaan rumah tangga orang), saya mengambil pendekatan berdiam diri termasuk mengelak ditemubual kerana natijahnya jika bersuara sekalipun, saya pasti dihentam.
Pendek kata, diam atau bersuara, saya tetap kena carut. Jadi apa pilihan yang saya ada. Lagi diam, lagi menjadi-jadi pula mulut orang di luar sana.
Selama ini saya tak menjawab semua fitnah yang bertebaran kerana ingin melihat orang di luar saya yang gemar memfitnah tapi tiada sebarang bukti sahih. Termasuklah kisah saya nak kahwin. Saya agak kecewa dengan senario ini.
Saya bukannya sempurna tapi apa salahnya jadi orang yang berfikir dan bercakap dari sudut positif. Jangan tahu nak hentam saja
hatta dolmat Diharap apabila tiba hari bersejarahnya itu kelak, Hanez akan berkongsi kegembiraan dengan para peminat yang pastinya tidak sabar mahu melihat Hanez dan suami di atas pelamin. Lagi beberapa gambar Hanez Suraya menggayakan pakaian pengantin Hatta Dolmat dengan membaca artikel ini sepenuhnya. SumberBerita Harian.
hanez suraya
hanez
hanez
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.