Latest News

Keluarga Tak Akan Habiskan Duit Untuk Undi Saya – Nina AF2014

Konsert minggu lalu menyaksikan Nina tersingkir jua daripada AF2014. Menariknya ramai berpendapat yang Nina wajar tersingkir lebih awal kerana prestasinya yang tidak seberapa. Namun setiap kali undian ditunjukkan, Nina jarang mendapat tempat terbawah. Ini sekaligus menyebabkan timbul desas-desus yang menyatakan keluarga Nina berhabis puluhan ribu ringgit undi mengundi dirinya bagi memastikan Nina terus kekal di dalam AF2014.
nina af2014
Menerusi portal Murai hari ini, Nina menerangkan yang desas-desus tersebut adalah tidak benar sama sekali. Menariknya ibu Nina sendiri lebih menggemari Firman dan Ewal berbanding dirinya. Kata Nina:-
Saya tak sangka ada rupanya cerita-cerita macam ni, apa yang saya boleh komen ia adalah tidak benar sama sekali, saya tahu ‘level’ keluarga saya. Mereka tidak akan berhabisan duit untuk saya untuk kekal dalam AF.
Itulah, ibu saya pun minat pelajar lain, ibu cakap dengan saya, dia pun mengundi kedua-dua pelajar (Ewal dan Firman) itu, jadi isu mengundi ni tak perlulah kita panjangkan
nina af2014
Jadi ini bermakna undian yang diterima oleh Nina selama ini adalah ‘genuine’ daripada para peminatnya di luar sana. Mungkin peminat Nina sanggup berhabis duit mengundi pelajar kegemaran mereka dan bukannya sekadar melahirkan sokongan di laman sosial sahaja. Itulah baru benar peminat sejati. Apa pun, semoga bintang Nina akan terus bersinar walaupun sudah terkeluar dari AF2014.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.