Latest News

Novel Didakwa Punyai Unsur Seks, Raja Azmi Dilarang Berjumpa Pelajar UIAM Kuantan

Penulis novel ‘Karkuma’, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan pada 18 Oktober 2014 bersempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan.
Dalam satu kenyataan oleh Pengarah Merpati Jingga, Faisal Mustaffa, antara sebab pihak pengurusan UIAM Kuantan melarang Raja Azmi untuk mengadakan sesi dialog bersama pelajar ialah kerana banyak novel-novel Raja Azmi mengandungi unsur seks dan fantasi melampau.
“Pihak pengurusan UIAM Kuantan juga memberitahu bahawa dalam jawapan pesanan ringkas Whatsapp bahawa “apa faedah bedah buku tu kepada mahasiswa, kenapa tidak buku-buku ilmiah yang lain?” Merpati Jingga juga diberitahu bahawa ia mencerminkan pandangan masyarakat terhadap UIA dan tidak parallel dengan biah UIA.
raja azmiJelas menunjukkan bahawa pihak berwajib dalam UIAM Kuantan membuat pertuduhan yang melulu di mana Raja Azmi juga pernah menerbitkan buku-buku ajaran solat untuk kanak-kanak, buku komik Anak-anak Sidek yang berunsurkan patriotik untuk generasi muda dan skrip-skrip drama yang berunsurukan keagamaan disamping buku novel politik yang pro kepada kerajaan pemerintah. Bahkan novel KARKUMA tidak ada halaman yang memaparkan adegan seks seperti yang didakwa.”
“Kami ingin menekankan di sini bahawa berdasarkan jawapan pihak pengurusan UIAM tersebut, jelas menunjukkan bahawa UIAM Kampus Kuantan mempunyai sekatan dalam membenarkan seseorang itu ‘memasuki’ kampus dalam memupuk sikap matang para Penulis novel KARKUMA, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan pada 18 Oktober 2014 bersempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan.
Kami juga berpandangan bahawa pihak pengurusan UIAM Kuantan seolah-seolah berperanan sebagai polis moral yang membentuk acuan yang dikehendaki pihak UIAM Kuantan“, terang Faisal Mustaffa selaku penerbit novel tersebut.
Justeru, Merpati Jingga dengan sekaligus menarik balik penyertaan mereka dalam semua program yang telah dipersetujui bersama UIAM Kuantan untuk acara tersebut. Hari Terbuka UIAM Kuantan merupakan acara istiadat konvokesyen institusi tersebut.
raja azmiPada masa yang sama, pihak Merpati Jingga telah mengalih penyertaan Raja Azmi pada 18 Oktober 2014 ke Kolej Matrikulasi Labuan yang mahukan penulis itu berkongsi inspirasi dalam bidang penulisan.
Kami juga membuka kepada mana-mana kampus IPTA dan IPTS yang mahu mengadakan sessi dialog yang sama boleh menghubungi pihak Merpati Jingga bagi mempersiapkan pelajar-pelajar mereka yang berminat dalam bidang penulisan untuk mengadakan forum bersama Raja Azmi Raja Sulaiman.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.