Latest News

Saya Bukan Playgirl – Nad Zainal

Putus cinta dengan 2 lelaki dalam masa tak sampai setahun telah menyebabkan ada pihak yang menggelar Nad Zainal sebagai ‘playgirl’. Fuh~~~ Berat juga gelaran tersebut. 2 lelaki tersebut tak lain tak bukan ialah Azwan Kombos dan Hefny Sahad. Namun bagi Abang Nara, Nad Zainal bukanlah ‘playgirl’ sebab agak lama juga dia bertahan dalam percintaan dengan Azwan Kombos. Cuma dengan Hefny je yang sekejap sangat bercinta.
nad zainal
Pendapat Abang Nara, lebih baik putuskan hubungan percintaan secepat mungkin sekiranya memang kita tak ada ‘chemistry’ dengan seseorang itu. Jangan kasihankan atau rasa segan mahu ‘clash’. Kalau dah tak suka, terus cakap direct. Nanti kalau tak rela dalam perhubungan, hati kita juga yang merana. Tak gitu? Bak kata Nad Zainal:-
Ia tuduhan yang tidak berasas. Jika betul saya playgirl, saya tidak akan bercinta sehingga empat tahun lamanya (bersama Azwan). Kalau setiap dua minggu saya bertukar pasangan, baru boleh tuduh saya playgirl.
Saya tak perlu bercerita kepada satu dunia, orang tetap tidak faham juga. Terlalu banyak ‘nasi tambah’ sehingga saya sendiri tak larat nak jelaskan. Jadi, ada baiknya saya simpan sendiri.
Saya tidak pernah ralat ataupun bosan untuk bercinta kerana setiap yang berlaku itu bersebab. Dalam dunia ini, kita boleh bertemu sesiapa saja sepanjang kehidupan, jadi saya perlu bersikap profesional.
Buat masa ini, saya memberi fokus 100 peratus terhadap kerjaya. Saya masih muda dan keluarga juga sentiasa mendoakan yang terbaik. Saya percaya, cinta itu akan datang sendiri satu hari nanti tanpa perlu dipaksa
nad zainal
Yup memang manusia tidak akan bosan bercinta kerana ia adalah lumrah seorang insan untuk dicintai dan mencintai. Suatu hari nanti pasti akan ada jejaka yang akan membuka hati Nad Zainal untuk kembali bercinta. Sehingga saat itu tiba, baiklah Nad memfokuskan kepada kerjayanya sebagai pelakon. Semoga cinta Nad Zainal selepas ini akan membawanya ke jinjang pelamin. Sumber Kosmo.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.