Latest News

Marsha Akui Sedang Kenali Hati Budi Seorang Lelaki Melayu

Walaupun memiliki wajah yang jelita, Marsha Milan Londoh kurang bernasib baik dalam percintaan. Sebelum ini rasanya sudah beberapa kali percintaan penyanyi ini berakhir di tengah jalan. Namun kegagalan tersebut tidak menghalang Marsha untuk terus mencari cinta sejati, lebih-lebih lagi apabila umurnya hampir mencecah 30 tahun. Memang usia yang amat sesuai untuk bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga.
marsha
Kalau tak silap, bekas kekasih Marsha sebelum ini adalah lelaki Melayu. Kali ini Marsha mengakui yang dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki Melayu. Mungkin ‘taste’ Marsha memang lelaki Melayu kot. Lagipun Marsha berasal dari Sabah jadi sudah biasa dengan adat resam orang Melayu. Kata Marsha:-
Ya, saya memang sedang mengenali hati budi seseorang dan dia lelaki Melayu. Hubungan kami sudah berlarutan setahun. Semua orang di muka bumi ini mengimpikan untuk hidup bahagia dengan pasangan masing-masing.
Saya tak terkecuali dan ada menyimpan hasrat yang sama. Tambahan pula tahun depan usia saya akan menginjak 30 tahun. Cuma buat masa ini, saya hanya serahkan pada takdir. Saya hanya merancang, selebihnya biarlah waktu berjalan mengikut keadaan.
Apapun saya berharap supaya peminat juga turut mendoakan kebahagiaan saya. Itu yang lebih penting
marsha
Semoga percintaan Marsha kali ini akan berakhir di jinjang pelamin. Taknaklah putus-putus cinta lagi. Kesian pula kalau hati Marsha dilukai sekali lagi. Sama-samalah kita doakan semoga lelaki kali ini adalah yang terbaik buatnya. Semoga berjaya Marsha. Sumber Berita Harian.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.