Latest News

Nad Zainal Pula Buang Semua Gambar Di Instagram

Pelik tapi benar. Semenjak dua menjak ini makin ramai pula selebriti tanah air yang mengambil keputusan untuk membuang gambar-gambar di akaun Instagram mereka. Tidaklah pula diketahui tujuan sebenar mereka berbuat demikian. Apabila ditanya seperti biasa alasan yang digunakan ialah ‘mulakan hidup baru’, ‘gambar banyak kontroversi’ dan macam-macam lagi alasan klise. Terbaru, tindakan sama telah diambil oleh Nad Zainal.
nad zainal
Nad Zainal seperti yang kita ketahui baru-baru ini telah digosipkan bercinta dengan Remy Ishak. Mungkin Nad tertekan dengan gosip-gosip liar yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini sehingga memaksa dirinya mengambil keputusan untuk membuang gambar-gambar lama. Atau mungkin juga Nad mahu menghapuskan memori lamanya. Terang Nad menerusi Mstar Online:-
Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai.
Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas. Dengan cara itu juga saya dapat ‘membuka buku baru’ bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja
nad zainal
Buatlah apa yang anda mahukan asalkan hati gembira cukuplah. Bagi Abang Nara biasalah jadi selebriti dan gambar dikontroversikan lebih-lebih lagi dengan perangai pengikut di Malaysia yang memang pelik-pelik. Nak main akaun sosial ini hati memang kena kering sikit. Pedulikan kata-kata orang. Yang penting kita tahu tujuan sebenar perkongsian dilakukan. Tak gitu?
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.