Latest News

Sembahyang Di Parkir Bukan Untuk Menunjuk-nunjuk – Zahiril Adzim

Respek!!! Tak tahu mengapa ada orang fikir Zahiril Adzim sengaja mahu menunjuk-nunjuk apabila bersembahyang di parkir kereta PWTC. Bagi Abang Nara sembahyang boleh di mana-mana asalkan bersih lebih-lebih lagi jika kesuntukan masa. Teringat pula kenangan sembahyang di ‘subway station’ ketika belajar di Korea. Habis-habis sembahyang je dah penuh orang Korea kerumun sebab pelik dengan apa yang mereka lihat. Terpaksalah buat sesi penerangan sekejap. Hehehe.
zahiril adzim
Gambar Zahiril Adzim sedang bersolat ini telah menjadi ‘viral’ baru-baru ini. Gambar ini diambil ketika majlis Anugerah Skrin 2014 di PWTC. Ramai yang memuji Zahiril kerana tidak meninggalkan solat dan seperti biasa ada yang menyatakan pelakon ini sengaja mahu menunjuk-nunjuk. Pelik betul. Orang sembahyang pun kena kutuk. Macam-macam dunia sekarang. Kata Zahiril menerusi Mstar Online:-
Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.
Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau.
Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.
Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat
zahiril adzim
Semoga perbuatan Zahiril Adzim ini menjadi contoh kepada selebriti-selebriti lain. Tak kira sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Buat yang menyatakan Zahiril Adzim sengaja nak menunjuk-nunjuk, mungkin anda tak pernah mengalami keadaan sebegini. Islam itu tak menyusahkan. Yang penting tempat bersih dan kita ada air sembahyang, maka bolehlah menunaikan kewajipan. Tak perlu nak pergi surau pun. Tak gitu? Apa kata anda?______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.