Latest News

(TAHNIAH)Fauziah Latiff Bakal Berkahwin Tahun Depan

Zaman muda-muda dulu, Fauziah Latiff ini merupakan salah seorang selebriti yang membuatkan Abang Nara tak tidur malam. Wajahnya yang penuh tenang, mulus dan jelita memang memukau sesiapa sahaja yang memandang. Terasa macam angau pun ada juga. Kini berusia 44 tahun, Fauziah Latiff atau lebih dikenali dengan nama Jee mengesahkan yang dirinya bakal berkahwin buat kali kedua pada tahun depan.
fauziah latiff kahwin
Jee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan telah berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Bercakap mengenai perkahwinan keduanya, Jee mengakui berdebar-debar. Kata Jee:-
Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.
Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami
fauziah latiff kahwin
Anak-anak Jee pun dah besar dan dah pandai menjaga diri sendiri. Memang sesuai sangat untuk penyanyi ini berkahwin sekali lagi. Orang kata, mencari kebahagiaan sendiri. Lama juga Jee hidup sebagai seorang ibu tunggal. Lepas ini ada suami pasti lebih bahagia. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.