Latest News

Kalau Betul Saya Dipukul Sudah Tentu Ada Laporan Polis Yang Dibuat- Uqasha Senrose

Sekitar minggu lepas, kisah Syafiq Kyle yang telah memukul Uqasha Senrose sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian muka  cukup hangat diperkatakan. Meskipun, Syafiq sebelum ini pernah menyatakan ia sekadar gosip semata-mata, namun masih terdapat segelintir pihak yang mempercayai berita tersebut.
Bagi menjernihkan keadaan, Uqasha turut menafikan perkara tersebut dan menjelaskan jika benar perkara tersebut berlaku tentu sekali beliau tidak akan berdiam diri dan melaporkannya pada pihak berkuasa.
Kalau betul saya dipukul oleh Syafiq, sudah tentu ada laporan polis yang dibuat. Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya cerita begitu dan tiba-tiba sahaja nama saya panas.
Tambah Uqasha, beliau tidak faham mengapa orang ramai sering mengaitkan namanya dan menyifatkan kes Syafiq memukulnya sengaja direka oleh pihak tertentu.
Saya sendiri tak tahu mengapa orang sering kali nak mengaitkan nama saya dengan cerita-cerita yang tak betul. Macam juga cerita yang dipukul itu, semuanya berpunca daripada gosip yang mengatakan saya diintai oleh anak hartawan.
Perkara itu tak betul dan ditambah pula dengan komen peminat di laman sosial yang mengatakan saya dipukul oleh Syafiq. Mungkin peminat itu sengaja menulis benda karut dan tak perlu dilayan.
Berbicara soal status hubungan beliau bersama Syafiq, Uqasha memberitahu mereka tidak pernah bercinta dan hanya sekadar teman rapat.
Antara saya dan Syafiq hanyalah teman rapat sahaja. Kami tak bercinta seperti yang diperkatakan umum dan saya sendiri sudah berkali-kali membuat penafian tentang perkara itu.
Dari awal lagi kami sudah jangka bahawa perkara ini tidak betul. Takkanlah kalau orang sudah mengasari kita tiada tindakan yang akan dilakukan bukan? Siapa yang mahu terus menjadi punching bag lelaki kan?
Sumber Berita: Utusan Online
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)

______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.