Sebelum
ini Malaysia disajikan dengan satu video dari Zahra yang dikatakan
sangat berani menyuarakan kesengsaraan anak muda Malaysia yang hidup
ibarat pengemis di negara sendiri.
Ada yang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Zahra malah ada juga yang tidak sekepala dengan Zahra.
Terbaru, Maya Karin juga turut sama melontarkan kritikan terhadap pandangan yang diberikan oleh Zahra, tetapi kali dalam bab pengangkutan awam.
Zahra
sebelum ini mengatakan dia terpaksa menggunakan LRT untuk ke tempat
kerja setiap hujung bulan kerana wang gajinya sudah banyak dihabiskan
untuk keperluan lain.
Mengulas kenyataan dari Zahra itu, Maya Karin
melalui akaun Twitter berkata “Terpaksa” naik LRT? I’ve been on it,
good ride. Menunggu station TTDI siap. There’s no shame in taking public
transportation”.
Respon
dari Maya Karin itu mendapat beratus-ratus retweet serta beberapa komen
dari mereka yang turut bersetuju dengan pandangan dari Maya.
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment