Latest News

Tiada Niat Hasilkan Sesuatu Yang Lucah Atau Sensasi – Ziela Jalil

#ZielaJalil :Telah pun tampil memohon maaf kepada penonton yang menganggap drama Dia Isteri Luar Biasa mempromosikan maksiat, penerbit drama tersebut Ziela Jalil sekali lagi tampil untuk memberikan penjelasan panjang lebar tentang DILB yang penuh kontroversi. Abang Nara yakin tiada siapa menyangkakan yang drama adaptasi novel ini telah menimbulkan kekecohan sebegini rupa. Confirm Ziela Jalil pun tidak menjangkakan kritikan negatif sepanjang tayangan drama ini.
ziela jalil
Tidak mahu disalaherti, Ziela Jalil tampil menerangkan secara panjang lebar tentang pemilihan novel ini untuk diadaptasikan ke drama. Malah Ziela Jalil juga berjanji untuk memperbaiki drama-drama terbitan syarikatnya di masa hadapan. Kata Ziela Jalil:-
Saya pilih naskhah berkenaan kerana tertarik dengan isu kekeluargaan yang dipaparkan. Hubungan adik-beradik, ibu dan anak, begitu juga hubungan suami isteri. Niat saya bukan hendak menghasilkan sesuatu yang lucah atau mensensasikan cerita.
Awalnya ramai yang tertanya-tanya tentang sikap heroin yang mahu mengambil kesempatan atas kebaikan hero tetapi lama-lama penonton boleh menerima mesej cerita berkenaan. Ramai juga yang beri pandangan positif. Contohnya, kalau suami bersikap penyabar, isteri yang tidak sempurna pun akan berubah menjadi lebih baik.
Saya tidak boleh minta penonton yang tidak suka adegan berkenaan (aksi mesra pelakon)supaya tukar saluran. Bagi saya, kanak-kanak mungkin masih kurang faham soal hubungan tetapi untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja, sekarang zaman internet. Kalau bukan daripada televisyen, mereka pandai cari apa yang mereka mahu tonton. Semuanya di hujung jari dan perkara berkenaan sukar dibendung.
Jadi, jangan jadikan televisyen sebagai alat meruntuhkan akhlak. Benda ini terpulang kepada individu atau penonton itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak.
Walau bagaimanapun, saya okey dan menerima semua teguran itu secara positif. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada penulis surat berkenaan. Saya minta maaf dan insya-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya yang lebih baik.
ziela jalil
Bagi Abang Nara, kekecohan sebegini pastinya akan memberikan impak besar kepada dunia hiburan tanah air. Penerbit-penerbit drama harus lebih peka dengan kehendak para penonton. Mungkin hanya segelintir sahaja yang mahukan para pelakon membawakan watak mesra terlampau. Selebihnya sudah jelak dan muak dengan adegan melampau sebegitu. Apa pun, baca artikel ini sepenuhnya untuk temuramah Ziela Jalil bersama Kosmo.
KOSMO!: Setelah dihujani dengan bermacam kritikan sejak awal penyiaran sehinggalah muncul surat terbuka mengecam kandungan drama bersiri Dia… Isteri Luar Biasa, sebagai penerbit dan orang yang bertanggungjawab terhadap penghasilan naskhah tersebut, adakah Ziela berdepan tekanan dan runtuh semangat untuk terus berkarya?
ZIELA: Tidak, sebaliknya saya ambil segala kritikan tersebut dari sudut positif. Kandungan surat tersebut tidak semuanya berbaur negatif. Saya anggap kalau seorang memandang negatif, 100 orang lagi akan memberikan komen positif. Saya ketepikan komen negatif dan ambil yang positif. Perasaan tersentak itu ada, tetapi tidaklah sampai meruntuhkan semangat.
Drama berkenaan dikatakan keterlaluan memperlihatkan adegan mesra antara pelakon, walaupun membawa watak suami isteri, mereka tetap bukan muhrim. Penulis surat terbuka itu meluahkan rasa malu kerana drama itu ditonton oleh anak-anak, tulisnya niat berkarya juga tidak boleh menghalalkan cara. Apa respons anda?
Apabila masuk bab agama, saya memang tidak boleh mengiakan benda yang salah. Apa yang boleh saya katakan, banyak kekangan yang terpaksa dilalui. Saya juga percayakan profesionalisme dalam berkarya. Naskhah itu telah diserahkan kepada penulis skrip dan pengarah. Pihak stesen juga faham tentang kandungan drama tersebut. Apabila ia disiarkan, sudah tentu saya akan buat promosi agar ia ditonton ramai.
Anda dituduh membawa maksiat dengan memaparkan perhubungan dan kemesraan yang berlebihan di antara dua pelakon semata-mata untuk menggambarkan hubungan suami isteri, komen anda?
Saya tidak boleh minta penonton yang tidak suka adegan berkenaan supaya tukar saluran. Bagi saya, kanak-kanak mungkin masih kurang faham soal hubungan tetapi untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja, sekarang zaman internet. Kalau bukan daripada televisyen, mereka pandai cari apa yang mereka mahu tonton. Semuanya di hujung jari dan perkara berkenaan sukar dibendung.
Jadi, jangan jadikan televisyen sebagai alat meruntuhkan akhlak. Benda ini terpulang kepada individu atau penonton itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak.
Walau bagaimanapun, saya okey dan menerima semua teguran itu secara positif. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada penulis surat berkenaan. Saya minta maaf dan insya-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya yang lebih baik.
Drama berkenaan merupakan naskhah adaptasi novel yang kandungannya pasti telah diketahui oleh anda, mengapa ia masih dipilih untuk dijadikan drama?
Saya pilih naskhah berkenaan kerana tertarik dengan isu kekeluargaan yang dipaparkan. Hubungan adik-beradik, ibu dan anak, begitu juga hubungan suami isteri. Niat saya bukan hendak menghasilkan sesuatu yang lucah atau mensensasikan cerita. Awalnya ramai yang tertanya-tanya tentang sikap heroin yang mahu mengambil kesempatan atas kebaikan hero tetapi lama-lama penonton boleh menerima mesej cerita berkenaan. Ramai juga yang beri pandangan positif. Contohnya, kalau suami bersikap penyabar, isteri yang tidak sempurna pun akan berubah menjadi lebih baik.
Selepas ini, ada sebarang projek terbaharu?
Ada. Sebuah drama raya terbitan saya sedang menjalani penggambaran. Sebuah lagi drama lakonan Shukri Yahaya, hero saya dalam Dia… Isteri Luar Biasa akan muncul dengan drama epik berjudul Cinta Qasidah bersama Ummi Nazeera. Drama itu akan disiarkan hujung Ramadan nanti.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.