Latest News

Menang Pelakon Wanita Terbaik, Air Mata Fazura Menitis Di #FFM27


Aktres Fazura nyata tidak dapat menahan air matanya apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (#FFM27), malam tadi.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre itu, Fazura menerusi lakonannya dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia telah menewaskan saingannya yang lain seperti Sara Ali, Dawn Cheong, Maya Karin dan Lisa Surihani.

#FFM27 turut menyaksikan kemenangan besar Astro Shaw apabila merangkul 10 dari 20 anugerah yang disampaikan pada malam tersebut.

Filem The Journey mengungguli malam itu dengan meraih 4 anugerah iaitu Anugerah Box Office, Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Lee Sai Ping.

Terbaik Dari Langit pula cemerlang dengan 3 anugerah di mana kedua-dua pelakonnya iaitu Nadiya Nisaa dan Amirul Afendi meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Satu lagi anugerah yang dimenangi Terbaik Dari Langit ialah Anugerah Khas Juri.
Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut pula boleh berbangga apabila memenangi Lakon Layar Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Filem Terbaik #FFM27 dimenangi oleh filem Lelaki Harapan Dunia manakala pengarah filem tersebut iaitu Lew Seng Tat memenangi Pengarah Terbaik.

Pada majlis tersebut juga telah menyaksikan pengarah veteran Othman Hafsham telah diberi pengiktirafan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Malam kemuncak #FFM27 hadir dengan tema ‘Sehati, Sejiwa’ di mana ianya menghimpunkan karya-karya terbaik industri filem Negara untuk sepanjang tahun 2014.

Pelawak Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad tampil sebagai hos untuk majlis berprestij itu di mana turut membariskan persembahan hebat dari artis-artis ternama seperti Hazama, Misha Omar, Amy Search, Amir Jahari serta Joe Flizzow dan SonaOne.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.