Latest News

Hairul Azreen mula hot


Selepas menyertai Pencarian Kacak Bergaya 2009 Hairul Azreen Idris mula mendapat perhatian. Sebelum itu macam ada yang berapa perasan penampilannya dalam drama TV.

Hairul antara pelakon yang membintangi drama Merah Putih. Dia memegang watak pembantu sahaja. Ada yang tak berapa kenal. Maklumlah artis baru. Kini setelah mendapat tempat ketiga, Hairul mula menyerlah.

"Dulu saya gunakan nama Airol Azreen, tapi apabila menyertai Kacak Bergaya, saya gunakan nama sebenar. Nampaknya penggunaan nama sebenar saya membawa tuah. Saya akan terus kekalkan nama Hairul Azreen dalam kerjaya seni saya," kata Hairul kepada Mangga Online.

Hairul juga mula mendapat perhatian penerbit dan pengarah drama. Sudah ada beberapa projek baru yang menantinya selepas ini. Kemenangannya dalam Pencarian Kacak Bergaya Vigor/Pancaindera itu juga membuka peluang peragaan kepadanya.

Sebagai salah seorang pemenang, wajah Hairul juga akan menghiasi kempen produk altJamu Vigor yang bakal dipasarkan oleh Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. tidak lama lagi. Jamu tersebut ialah jamu khusus untuk kecergasan lelaki.

"Saya rasa bertuah kerana menyertai pertandingan ini kerana banyak manfaat yang saya perolehi selepas menyertainya. Terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab menganjurkannya," sambung Hairul lagi.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.