Latest News

Tuah Tomok

Bertuah sungguh Tomok. Selepas bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai dan kontrak bernilai RM1 juta, albumnya kini dalam proses pembikinan.

Nampaknya Tomok tak perlu menunggu lama sebagaimana juara musim-musim lalu, Suki dan Ayu yang perlu menunggu beberapa lama sebelum lagu baru dirakam.

Lebih memudahkan urusan perjalanan seninya, kontrak Tomok dengan syarikat lama semasa bersama kumpulan New Boyz, Suria Records juga sudah tamat.

Tomok boleh bergerak sebagai orang baru. Kini dua buah lagu sudah siap dirakam dan Tomok kini dalam proses rakaman lagu-lagu lain.

"Saya dah bersedia untuk muncul secara solo," kata Tomok yang mahu berjaya dengan branding Tomok yang baru.

Ada yang rasa tak puas hati apabila Tomok mengatakan mahu menjadi Tomok yang baru, yang bukan lagi menyanyikan lagu-lagu kekampungan.

"Bukan maksud saya menghina orang kampung, sebaliknya saya mahu melakukan perubahan dan semestinya tidak mahu sama dengan muzik yang dulu apabila saya tampil sebagai penyanyi solo.

alt"Saya hargai peminat saya yang dulu dan saya harap mereke menerima perubahan yang saya lakukan.," kata Tomok.

Buktikan artis boleh

Apabila program OIAM membuka laluan kepada artis, ramai artis yang ragu-ragu kerana berasakan peluang mereka tidak ada. Peminat lebih cenderung memilih wajah baru.

Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Intan Sarafina dan Shila antara artis yang kandas di pertengahan jalan. Tomok menjadi artis pertama menang pertandingan yang membuka peluang kepada artis.

"Mungkin selepas ini makin ramai artis yang berani memperjudikan nasib mereka bertanding dalam program realiti," kata seorang penggiat industri muzik.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.