Latest News

'Rockaway 2009'-Konsert Free Lagi Tuu...

Fenomena konsert percuma terus berleluasa. Datanglah beramai-ramai ke CapSquare di kotaraya Kuala Lumpur jika mahu menyaksikan lebih 10 band rock kontemporari tempatan yang paling aktif sekarang ini untuk festival ‘Rockaway 2009’.


Didahulukan oleh pembuka, Medusa dan Crash Car Hearts, menu utama merupakan Bittersweet, Restraint, Bunkface, Seven Collar T-Shirt, Estranged, Pop Shuvit, Couple, Pesawat, Cassandra, The Times, Deng Deng, Love Me Butch dan penutup ataupun ‘headliner’ utama, One Buck Short serta Twilight Actiongirl sebagai hiburan ‘after-party’.


Bunkface


Estranged

Diberi tema ‘One Buck Short & Friends’, konsert ‘Rockaway 2009’ yang diadakan di ruang utama pintu masuk kompleks membeli-belah CapSquare ini dibawakan oleh jenama snek popular Jack ‘n’ Jill Rollercoaster Potato Rings.

Menurut Rahul Kukreja, gitaris dan ketua kumpulan One Buck Short yang popular habis itu dengan lagu “Khayalan Masa”, seleksi kugiran-kugiran merupakan pilihan Rahul dan rakan-rakannya Izal, Imran dan Mookie sendiri kerana mereka merupakan kawan-kawan terbaik mereka.

“Kami betul-betul teruja kerana berpeluang untuk menganjurkan sendiri pesta rock yang pasti menggegarkan ini, kami berharap semua orang dapat menghadirkan diri untuk menyaksikan bakat-bakat tempatan terbaik kita dan yang lebih penting, ‘Rockaway 09’ adalah pesta yang di bina sebagai pesta rock perdana yang terhebat di rantauan,” kata Rahul.


Bittersweet


Pop Shuvit

Radio ‘indie’ dan rock paling ‘cool’ sekarang, Xfm, turut sedia menghulurkan sokongan untuk konsert ‘Rockaway 2009’ melalui pengurus program dan penulis muzik terkenal, Adly Syairi Ramly, yang hadir memeriahkan perasmian dan memberikan sepatah dua kata.

‘Rockaway 2009’ akan berlangsung pada 20 Jun ini di CapSquare, Kuala Lumpur bermula jam 1 tengah hari sehingga jam 10 malam. Pesta yang berlangsung sepanjang hari ini di anjurkan sempena Hari Musik Sedunia pada hari berikutnya, 21 Jun.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.