Latest News

Selera Bangkit di Asam House


Daripada namanya sudah dapat mengagak yang Asam House menyediakan masakan asam dari Pulau Pinang. Di samping itu juga Asam House menawarkan masakan Cina dan masakan Thailand yang variasi dan membuka selera! Restoran yang dahulunya dikenali sebagai Penang House yang terletak di tingkat 2 IOI Mall Puchong ini bukan sahaja telah menukar namanya malahan telah menukar dekor dalaman restorannya pada awal tahun 2007 agar dilihat lebih menarik dan inviting.

Makanan di sini cukup sedap, dijual dengan harga yang berpatutan, servis yang pantas dan memuaskan serta persekitaran restoran yang sentiasa bersih. Walaupun menyediakan masakan Cina, ia menjadi pilihan ramai pengunjung Melayu kerana sijil perakuan halalnya jelas terpampang di dinding sebagai bukti.

Asam House memaparkan menunya di dinding dan bukan dengan menggunakan menu di atas meja. Sebelum membuat pesanan, lihat dahulu dindingnya, dan apabila tiba di kaunter, sebutkan nombor menu pilihan anda.

Pengunjung ke restoran ini disajikan dengan lebih kurang tiga puluh pilihan masakan yang kebanyakannya masakan Cina. Menu masakan asamnya tidak terhad kepada Asam Laksa dan Gulai Asam Ikan Pari yang begitu lazat sekali tetapi turut disajikan juga masakan asam kering yang menyerupai sambal seperti sotong asam atau udang asam yang boleh diminta untuk dimasak dengan petai. Adunan asamnya secukup rasa dan menambat selera!

Selain daripada sajian asam, Kong Nam Mee dan Sam Si Mee antara masakan mee di Asam House yang sangat membuka selera. Kong Nam Mee ialah mee rangup yang dituang kuah berkanji di atasnya, penuh dengan sotong, udang, cebisan sayur-sayuran, cendawan ditambah dengan century egg, sedap sekali jika digandingkan dengan kicap bercili padi.

Masakan mee yang tidak berkuah yang begitu membuka selera daripada Asam House ialah Udon Mee, mee terkenal orang Jepun, digoreng dengan kicap, ayam, lada hitam dan sayur-sayuran. Hidangan Kuey Teow seperti Kueh Teow Daging Halia dan Char Kuey Toew juga tidak menghampakan!

Penggemar nasi goreng pasti akan menggemari nasi goreng yang ditawarkan di Asam House. Walaupun hanya direncah dengan cebisan ayam dan udang, adunan nasi gorengnya perfect, dan tentu sekali pengunjung tiada masalah untuk menghabiskan sepinggan penuh nasi goreng lazat ini!

Selain nasi goreng biasa, Asam House menawarkan Nasi Goreng Pattaya serta beberapa jenis masakan Thai yang lain. Tomyam di Asam House berlainan sedikit rasanya berbanding tomyam yang sering dihidangkan di kebanyakan restoran makanan Thailand yang lain. Tomyam Asam House yang sangat pedas dan manis ini boleh membuat anda menangis tetapi rasa sedapnya akan membuat pengunjung ingin mencuba lagi walaupun ‘menyeksakan’! Restoran ini juga menghidangkan bubur nasi dan mee berkuah jika ingin mencuba sesuatu yang berlainan.

Menyentuh topik air, Asam House menyediakan sesuatu yang istimewa. Selain daripada menawarkan air tin, air buah dan air panas yang lain, Asam House juga menghidangkan pilihan air seperti laici, kelapa laut, fucuk barli, mata kucing, asam boi yang disendukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil. Semangkuk minuman istimewa ini berharga dalam lingkungan RM2 hingga RM2.50, but it’s so worth it!

Hidangan sampingan yang menarik di sini termasuk makanan ringan seperti cucur udang, kuih keladi serta berbagai jenis manisan bubur termasuk bubur kacang hijau, bubur pulut hitam dan bubur cha cha popular Pulau Pinang! Asam House pandai mengolah rasa makanannya agar tidak terlalu manis walaupun hidangan itu pencuci mulut.

Budget untuk seorang makan di Asam House dengan satu hidangan dan minuman ialah dalam lingkungan kurang daripada RM10. A very good deal untuk real food seperti yang ditawarkan oleh Asam House ini. Asam House mempunyai resepi yang cemerlang sebagai sebuah restoran. Bukan sahaja restoran ini deliver exactly apa yang dipaparkan di dalam menu, rasa masakannya juga cukup lazat dan membangkitkan selera!

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.