Latest News

Hidangan enak-enak di Ancasa Hotel Kuala Lumpur


Jika ingin menikmati pelbagai hidangan enak dengan harga yang berbaloi, jom menjamu selera di Ancasa Hotel Kuala Lumpur. Saffron Brasserie menyediakan 60 juadah berbuka puasa yang sungguh lazat dan enak. Semua juadah merupakan hidangan yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mula berbuka puasa, basahkan tekak anda dengan pelbagai minuman yang tersedia sebagai pilihan. Jika inginkan yang sejuk bolehlah memilih air soya atau air tebu. Kopi, teh dan teh tarik juga tersedia untuk mereka yang inginkan minuman panas.
Di meja hidangan utama anda boleh memilih pelbagai masakan Melayu seperti ayam masak merah, semur daging, udang masak lemak dan rebung, gulai lemak nangka ikan masin, ketam lemak nanas, dan sambal tumis petai. Tidak ketinggalan beberapa hidangan lain seperti tenggiri goreng karipulai, daging dendeng berlado, dalca tulang rawan. Dalam banyak-banyak hidangan ini, udang lemak rebung dan ketam lemak nanas merupakan hidangan yang mesti dirasai. Rasanya memang enak, cukup lemak dan pedas. Rugi rasanya jika tidak mencuba.
Jika bercadang untuk menikmati hidangan yang tidak terlalu berat, GUA syorkan anda mencuba Asam Laksa. Menu ini memang membuka selera kerana kuah laksanya cukup pekat sehingga rasa manisnya ikannya cukup terasa. Laksa yang digunakan juga cukup lembut, tidak keras seperti yang selalu dihidangkan oleh kebanyakkan hotel lain. Mi kari dan mihun sup juga boleh tahan enaknya.
Untuk penggemar sate, anda pasti menyukai hidangan sate di sini. Lebih-lebih lagi sate dagingnya. Lembut dan cukup perisa. Tambah menyelerakan apabila kuah kacangnya menggunakan kacang yang dikisar kasar dan ini membolehkan anda menikmati rasa kacangnya yang ranggup. Malah ia juga tidak terlalu pedas atau manis.
Jika perut anda masih boleh menerima lagi, teruskan dengan menjamah beberapa sajian lain seperti roti canai, ayam tandoori, roti John, mi wantan, tomyam lala, dan apam balik.
Satu lagi keistimewaan bufet Ramadhan ini yang GUA perasan ialah, ia turut menghidangkan pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih koci, lapis, ketayap, bengkang dan lepat pisang. Menariknya, kuih-muih ini dihidangkan dengan cara diletakkan di dalam bakul yang disangkut pada kincir angin ala ‘Eye Of Malaysia’ versi mini yang boleh dipusing-pusingkan. Sangat kreatif.
Bufet Ramadhan ini bermula dari 17 September hingga 10 Oktober. Untuk dewasa ia berharga RM38++, manakala untuk kanak-kanak ia berharga RM28++.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.