Latest News

Satu-Satunya Uno!


Pertama kali lidah merasa homemade cream of mushroom dari Pizza Uno, kening terangkat kerana menikmati kesedapan yang teramat! Sup cendawan ini begitu berkrim, mempunyai kepekatan yang sempurna dan diadun dengan rasa yang cukup menawan selera. Portion yang dihidangkan setanding dengan harga dan puas dimakan sebagai starter.

Jika mahukan hidangan yang simple tetapi mengenyangkan, tambahkan garlic bread atau pizza bread dengan sup ini, memang sukar untuk berhenti menikmati. Sekali GUA merasa sup cendawan ini, kami sering mencadangkan Pizza Uno jika ingin menikmati makanan Itali. Jika ingin variasi untuk starter, antipasto seperti bruschetta atau tapas yang pelbagai ada dihidangkan di sini. Jangan risau jika tidak faham dengan nama hidangan, penjelasan diberikan di dalam menu dalam bahasa yang difahami.

Selain sup, hidangan pasta di Pizza Uno boleh disimpulkan dalam satu perkataan “el dente” atau dalam bahasa Melayunya “lazat sekali”! Dalam banyak-banyak restoran makanan Itali yang pernah kami cuba, hidangan pasta di Pizza Uno menggunakan bahan yang paling simple tetapi digarap excellently!

Di Pizza Uno, less is more! Tidak tahu bagaimana chef restoran ini melakukannya tetapi Aglio Olio, hidangan pasta kegemaran kami hanyalah spaghetti yang digaul di dalam campuran tumisan bawang putih di atas olive oil, ditambah dengan daun basil wangi. Walaupun bahannya ringkas, rasanya bukan calang-calang, tidak perlu secebis daging pun di dalam, perasaan puas selepas menikmati!

Jika mahukan yang lebih extravagant, cubalah Aglio Olio with Tiger Prawn; udang harimau bakar akan mengiringi hidangan pasta enak ini. Pasta is one thing, pizza is another. Pizza yang ditawarkan di Pizza Uno juga ringkas sahaja, gaya Itali, nipis dan berkeju. Tidak perlu mengguna sudu garpu, makan sahaja dengan tangan, seperti orang Itali, tak gitu? Jangan dibanding dengan pan pizza, jauh beza kelazatan pizza di sini.

Pengalaman menikmati makanan Itali tidak akan lengkap tanpa hidangan Lasagna atau Paella. Pizza Uno menyediakan semuanya dengan harga yang berpatutan dan rasa yang menakjubkan. Dessert yang dihidangkan di Pizza Uno is out of the world! Creme Caramel lembut disempurnakan dengan potongan strawberry, diiringi pula dengan secawan kopi, makan tengahari atau makan malam akan memang lengkap di sini. GUA telah mencuba Tiramisu yang mampu membuat kami berkata uuuuhhhh….. belum lagi bercerita tentang kek coklatnya yang serba sempurna.

Pizza Uno yang dahulunya dikenali sebagai Pizza Italia, pada pendapat GUA ialah pakar makanan Itali di Malaysia. Walaupun tidak pernah ke Itali, perasaan yang dicetuskan oleh makanan di Pizza Uno seolah membuat kami faham tentang kelazatan makanan Itali yang diperkatakan dunia.

Jika mengidamkan makanan Itali, jangan fikir ke mana-mana lagi, datang sahaja ke Pizza Uno di Bandar Puteri Puchong (03-8062 2539) dan rasai kelazatan makanannya. Ambiancenya juga not bad dengan lampu yang malap dan muzik yang relaxing. Dan baru-baru ini ketika kami berkunjung, restoran ini ditempah untuk sebuah function kecil tetapi Pizza Uno melakukannya dengan penuh gaya; sempurna dengan menu dan bunga yang sedondon. Kami yakin pelanggannya puas hati dan akan ke Itali, maksud kami Pizza Uno, berkali-kali lagi!

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.