Latest News

Masakan Ala Kampung di Checkers Cafe


Hidangan bufet berbuka puasa dengan pelbagai hidangan ala kampung menanti anda di Checkers Café, Dorsett Regency Kuala Lumpur sepanjang Ramadhan ini. Bertemakan ‘Nostalgia Ramadhan Bersama Dee’, setiap hari pengunjung berpeluang mencuba masakan yang dimasak sendiri oleh hos selebriti, Dee yang dulu pernah popular dengan sitcom Jangan Ketawa.

Setiap hari Dee akan menyediakan menu yang berbeza. Antara masakan yang akan disediakan oleh Dee ialah Masak Lemak Ketam Jintan Manis, Daging Rendang Pah Noor, Daging Goreng Moon Berlada Hitam, Ayam Goreng Cik Bedah dan Daging Nasi Kandar. Sambil menjamu selera, Dee akan beramah mesra dengan anda dan inilah peluang untuk anda meminta resepi masakannya.
Bagi memenuhi selera setiap pengunjung, Checkers Café turut menyediakan pelbagai menu istimewa seperti Rendang Daging Tok Perak, Ikan Sembilang Goreng Berlada, pelbagai jenis kerabu, serunding daging, lemang, dan sup ekor. Salah satu menu yang mesti anda cuba ialah sup ekor. Rasanya memang lazat, semangkuk memang tidak cukup. Paling penting, dagingnya cukup lembut dan rempah-ratusnya cukup terasa.

Tidak ketinggalan, hidangan nasi beriyani, sate, asam laksa dan pelbagai jenis ikan bakar serta sotong bakar. Semuanya menyelerakan dan boleh tahan rasanya. Bagi yang menggemari kuih-muih tradisional Melayu, bolehlah merasa kuih wajik, dodol kampung, sago gula melaka, kuih koci dan onde-onde. Satu lagi keistimewaan bufet ini, buah pisang, chempedak dan sukun akan digoreng apabila anda ingin menikmatinya. Cara ini memang bagus kerana hidangan tersebut memang enak dimakan ketika ia masih panas.

Bagaimana sekarang? Bagi yang teringin berbuka puasa di sini, harga bufet ialah RM65++ bagi dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah mendapat diskaun 50 peratus. Berita baiknya, anda juga boleh mendapat diskaun 50 peratus pada 10 – 12 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.