Latest News

Stew Kambing Bersama Kacang Kuda


Bahan-Bahan
1 kg daging kambing (dipotong dadu)
100 gram kacang kuda (direbus ½ masak)
50 ml tomato paste
2 biji tomato (dipotong 6)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
30 gram serbuk cili/paprika
50 ml plain yoghurt
30 ml air
50 gram daun ketumbar (dipotong kasar)
lada hitam
garam
gula

Cara Memasak
1. Daging kambing digaul bersama serbuk cili/paprika dan garam. Kemudian disalai di atas kuali leper (pan) sehingga ½ masak. Ketepikan.

2. Di dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan tomato.

3. Setelah naik bau, masukkan tomato paste bersama sedikit air.

4. Renehkan sebentar kemudian masukkan daging kambing tadi bersama kacang kuda. Biarkan mendidih.

5. Selepas itu masukkan yoghurt, daun ketumbar, garam, gula dan lada hitam.

6. Gaulkan sehingga rata dan biar mereneh selama 2 minit.

7. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.