Latest News

Wisel Untuk Wanita


Wisel Untuk Wanita
Tarikh:
17 Mei
Masa: 8.30 pagi
Tempat: CapSquare, KL
Kata GUA: Setiap hari, buka saja dada akhbar, pasti ada laporan tentang kes meragut, menculik, mat rempit berlagak seperti raja jalan raya. Jika anda berasa seperti sudah tidak selamat untuk berada di luar rumah, sokonglah acara ‘Wisel Untuk Wanita – Bertindak Untuk Keselamatan’. Kempen anjuran 3R ini bertujuan untuk mengambil balik ruang awam bukan saja untuk wanita tetapi anak-anak dan lelaki juga. “Jika kaum lelaki juga bimbangkan keselamatan mereka, apatah lagi kaum wanita. Objektif acara ini adalah untuk menggesa rakyat untuk mengambil tindakan terhadap pencabulan ke atas ruang yang sepatutnya kepunyaan kami semua. Kenapa kita perlu hidup dalam ketakutan? Kerana kita takut sebab itu mereka dapat bermaharajalela. Kami mengalu-alukan kedatangan semua ke acara amal walkathon pada Ahad ini.” bicara Rafidah. Selain walkathon, hari itu akan ada persembahan pentas dari Yuna, Nubhan, Nikki dan artis jemputan lain. Penyertaan adalah percuma. Untuk mendaftarkan diri, layari laman web 3R di www.3R.com.my atau SMS ke 012-5191763. Peserta terawal akan menerima hadiah istimewa dari 3R. Peserta berpasukan akan bersaing untuk kategori - terikan sorakan yang mengikuti tema - pakaian yang mencuri perhatian - pasukan dengan bilangan ahli tertinggi

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.