Latest News

Impian Dafi Jadi Kenyataan

Lama sudah tidak mendengar khabar dari Dafi. Tetapi dalam diam itu, anak muda berusia 21 tahun ini sedang giat bekerja.

Pada awal bulan ini, dia telah ke Indonesia selama lima hari untuk mempromosikan singlenya, "Di Antara". Albumnya, 'Seumur Hidup' bakal diriliskan di sana.

"Setakat ini, penerimaan terhadap "Di Antara" agak baik. Ia sudah dimainkan di stesen-stesen radio dan Dafi ada membuat beberapa persembahan di stesen-stesen TV.

"Sebelum ini, mereka sudah mengenali Dafi melalui iklan Walls Cornetto dan lagu duet "Dua Hati Menjadi Satu" bersama Gita Gutawa.

"Sebagai seorang penyanyi, Dafi ingin sentiasa bergerak ke hadapan. Dafi ingin melihat muzik Dafi tersebar luas."

Dafi ditemui Jumaat lepas sempena tayangan perdana 'Jin Notti', di mana lagunya "Seumur Hidup" telah dijadikan tema lagu filem itu.
"Sudah lama menjadi impian Dafi untuk menyanyikan lagu tema sebuah filem, kebetulan lirik "Seumur Hidup" kena dengan jalan cerita 'Jin Notti', serta mempunyai sebuah klip video yang menyelitkan babak-babak dari filem berkenaan. It's a dream come true for me."

Pengajian prioriti utama

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum bulan Ramadhan. Cerita Dafi, kebiasaannya pada bulan puasa, aktiviti seninya diteruskan seperti biasa. Jelasnya, dia tidak suka bila ada masa lapang kerana sudah biasa sibuk.

Namun memandangkan tahun ini tahun terakhir pengajiannya, dia ingin fokuskan lebih masa pada pembelajarannya.

"Pada bulan puasa, kelas tetap berjalan seperti biasa. Di samping itu, Dafi juga akan buat photo shoot, terima undangan berbuka puasa ... tetapi fokus Dafi adalah pada pelajaran. Ini final semester jadi Dafi nak buat sebaik-baiknya. Selepas itu, bolehlah Dafi tumpukan sepenuhnya pada nyanyian."

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.