Latest News

Nikmati Kepedasan Daerah Sichuan


Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan negara ini muhibbah dengan pelbagai jenis makanan. Masakan Cina misalnya, bukan sahaja diminati kaum itu, malah ianya menjadi masakan kegemaran masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Satu ketika dulu, ramai teragak-agak untuk menikmati masakan Cina kerana bimbang tidak halal. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak prihatin mengenai selera serta sensitiviti masyarakat Islam yang sangat mementingkan kebersihan makanan (halal).

Restoran Si Chuan Dou Hua, Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur, antara ratusan restoran makanan Cina yang wujud untuk memberi peluang kepada pelancong serta wargakota yang mahukan makanan halal.

Bermula di Singapura pada 1996 dan mengembangkan cawangannya di sini pada 2002, peminat makanan Cina khususnya dari daerah Sichuan boleh mendapatkan pelbagai menu khusus dari daerah ini.

Malah, masakan daerah Sichuan sudah sedia terkenal dengan ramuan rempah ratusnya yang pedas, sesuai selera masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

GUA berpeluang merasai beberapa jenis masakan pedas dari daerah ini yang menjadi sebahagian lauk-pauk pilihan pengunjung ketika menikmati juadah di sini. Kesemua masakan ini disediakan oleh Chef Yu You Xiang, chef yang dibawa khas dari Sichuan, China.

Sebelum menikmati hidangan utama, sepinggan hirisan ikan manis dijamu sebagai pembuka selera. Memang enak rasa ikan ini, walaupun pada mulanya GUA menyangka ikan masin yang dihidangkan.

Seperti kebanyakan restoran Cina, teh herba menjadi pelengkap kepada hidangan yang disediakan. ‘Eight treasure tea’ dihidang dengan cara unik oleh seorang pakar pembuat teh, juga didatangkan khas dari daerah Sichuan.




Eight treasure tea

Memulakan makan tengahari, GUA telah dihidangkan dengan sup masam manis Sichuan. Memang benar, masakan Sichuan mengutamakan kepedasan dalam setiap masakannya, terasa rempah yang digunakan dalam setiap hirupan sup. Bagi yang kurang menggemari masakan pedas, sup ini mungkin kurang sesuai untuk anda.

Usai menghirup sup, GUA tidak sabar menikmati nasi bersama hidangan lauk pauk yang pelbagai. Antara yang dihidangkan kepada GUA ialah ikan kod dalam dua rasa, sekeping ditaburi mayonis dan sekeping lagi ditabiri sos manis (sweet wine sauce).








Daging berempah dalam bekas panas, tauhu lembut pedas, isi ayam bersama cili dan gajus, kacang panjang dan ayam hirisan ayam sungguh menyelerakan sesiapa yang menikmatinya.

Setiap masakan yang dihidangkan panas dan berkhasiat, sesuai selera pengunjung yang mementingkan kualiti makanan.







Sebelum mengakhiri makan tengahari, apakata anda cuba minuman jinseng yang dihidangkan bersama buah naga, kacang ginko dan longan cendawan putih. Jinseng, seperti diketahui umum, mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

Atau anda juga boleh mencuba taufufa yang sungguh lembut dan enak, apabila memakannya taufufa ini akan cair di dalam mulut.

Melihat kepada harga makanan yang tertera pada menu hidangan, ternyata, restoran ini tidak mengenakan harga tinggi kepada pengunjungnya. Jadi usah risau untuk menjamu selera di sini kerana harganya berpatutan dan yang paling penting, masakan di sini bersih dan berkualiti.



No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.