Latest News

Jangan Ketinggalan MTV Worldstage


Konsert MTV World Stage 09 sudah tiba – barisan band-band terkenal UK dan Amerika yang bakal menjadi tarikan di Sunway Lagoon Surf Beach esok sudahpun sampai di tanahair. Sudah tiba masanya untuk peminat-peminat dipersadakan dengan muzik rock bertaraf antarabangsa yang setakat ini hanya menjadi mainan di skrin MTV sahaja.

Uniknya tentang konsert ini, ia menggabungkan akta sensasi dari luar dengan bakat-bakat rock dan indie tanahair atas satu pentas.

Daripada raja muda rock UK, Kasabian, yang mencipta nama dengan persembahan ‘live’ yang diiktiraf sedunia sebagai antara yang terbaik dalam beberapa tahun ini; hingga ke rockers Amerika seperti Hoobastank, All American Rejects dan Boys Like Girls; dan juga nama-nama baru yang menarik perhatian seperti Pixie Lott dan Raygun, konsert ini gerenti hangat. Dan dengan harga RM50 sahaja, bayaran masuknya agak berbaloi (sila lihat di bawah untuk cara mendapatkan pas sebelum terlewat).

Ada lagi tarikan selain itu, semestinya daripada kumpulan indie dan rock tempatan kesayangan anda seperti Estranged, Pesawat dan lain-lain nama yang menjadi perhatian baru-baru ini. Sebut tentang lokasi Surf Beach, mungkin anda tertanya-tanya, “Muat ke ni?” Oleh itu pastikanlah kedatangan anda sekarang juga supaya tak menyesal (layari channelx.com.my ataupun hadir sahaja esok mulai 4 petang untuk memastikan tempat anda).



Pengunjung-pengunjung gig indie tidak akan mahu melepaskan peluang turut serta meramaikan acara ini yang hanya sekali-sekala berlaku di negara kita. Apa kata kita alami sama-sama kehebatan suasana acara tahap antarabangsa pula? Ayuh geng, layan World Stage kita besok!

*MTV World Stage dibawa oleh Celcom Xpax. Pas masuk hanya diberikan kepada pelanggan Xpax. Pelanggan Xpax boleh mendapatkan pas terhad dengan ‘top-up’ sebanyak RM50 setelah mendaftar di pintu masuk.

Peminat band tempatan pula boleh memuatturun lagu-lagu pilihan melalui ‘(X)Tunes’ dengan harga 99 sen sahaja di ruang channelx.com.my.

Untuk maklumat dan peta ke lokasi konsert World Stage 09, layari http://worldstage.mtvasia.com/getting-to-world-stage-live-in-malaysia/

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.