Latest News

NANA ditukar ke XFM?

Dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan secara rasminya meninggalkan stesen radio ERA Jumaat lalu dan pada hari ini memikul tugas sebagai penyampai radio XFM pula. Ketika cerita ini ditulis, Nana sedang menghabiskan cutinya. Kesahihan cerita ini dimaklumkan sendiri orang kuat Era, Nazri Noran. Nampaknya selepas ini, suara Nana tidak akan berkumandang lagi di ERA. Kalau nak dengar suara Nana kena tukar ke saluran radio XFM pula. Nampaknya selepas Linda Onn ke Sinar FM, Nana pun turut mengikuti jejak yang sama.

http://www.seripengantin.com/v2/wp-content/uploads/2009/03/nana.jpg
Menurut Nazri yang diceritakan, apa yang dilakukan adalah hasil perbincangan pengurus stesen di AMP Network itu baru-baru ini. Barangkali apa yang dilakukan ini mungkin dalam usaha untuk memperkuatkan stesen ERA yang sudah dipintas Hot FM mengikut ukuran AC Nielsen.

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.