Latest News

TGV akan buka cawangan baru !


Baru-baru ini pihak Tanjung Golden Village(TGV) telah mengadakan satu majlis bersempena dengan perasmian pejabat baru TGV yang terletak di Menara Maxis, KLCC. Dikesempatan itu, pihak kami telah berpeluang untuk menemu ramah Chief Operating Officer TGV (COO) iaitu Kenny Wong. Temubual ini akan menceritakan tentang perkembangan terbaru TGV dan mengenai salah satu cawangan TGV di CapSquare, Kuala Lumpur yang khabarnya akan tutup.
Jom ikuti temubual bersama Kenny Wong.

S: Adakah TGV akan membuka cawagan baru untuk masa hadapan?
Untuk tahun ini hanya ada satu iaitu di 1Shamelin, Cheras. Sepatutnya ada tiga, tetapi ada penagguhan dua lokasi kerana ada masalah dengan pihak pengurusan pusat beli belah. Namun untuk enam bulan berikutnya pada tahun depan, kami akan mempunyai lima lokasi baru.

S: Bolehkah anda memberitahu lokasi pawagam tersebut?
Buat masa ini, saya boleh mengatakan salah satunya adalah terletak di Setiawalk di Puchong dan yang lain di Paragon, Gurney. Ada dua di Klang Valley dan satu lagi di Johor.

S: Adakah TGV akan melakukan seperti mana GSC lakukan dengan GCS Movie?
Jika ada peluang, ya. Kami telah berbincang tentang perkara ini, tetapi ia tidak berada dalam strategi kami untuk tahun ini atau berikutnya.

S: Seberapa penting media sosial (contohnya-Facebook, Twitter, dll) untuk TGV?
Ya sangat penting. Bila kami mendengar pendapat dan memberi maklum balas kepada pelanggan kami, mereka berasa sangat gembira.
S: Apa telah terjadi dengan TGV CapSquare sekarang? Kami mendengar tempat itu akan berubah menjadi pusat digital?
Sewa kami di CapSquare telah berakhir. Kami ingin terus berada di CapSquare. Kami masih dalam rundingan dengan pihak pengurusan CapSquare. Sekiranya kami keluar dari CapSquare, itu bukan keinginan kami. Dalam masa enam bulan terakhir, kami nampak ada kemajuan ini kerana kami telah melakukan pelbagai kempen pemasaran khusus untuk CapSquare. Apa – apapun keputusan selepas ini, ia merupakan di luar jangkaan kami. Tapi pada saat ini ia masih berunding dengan Pikom dan keadaan mungkin memaksa pihak kami untuk keluar tetapi masih belum ada kata putus lagi.
S: Bila TGV 1 Utama akan kembali beroperasi? Adakah ia akan berada di lokasi yang sama seperti sebelum ini?
Pada mulanya ia akan berada di lokasi yang sama, tetapi lokasi yang sebelum ini akan ditukar menjadi kedai. Pihak pengurusan akan memberi ruang lain kepada kami. Ia akan berada di sekitar tempat letak kereta dan dekat dengan bahagian tengah pusat beli belah.

S: Kalau tidak keberatan boleh berkongsi dengan kami siapa Kenny Wong sebenarnya. Apakah jenis filem yang anda suka dan apa filem kegemaran anda?
Saya tidak punya filem kegemaran, tapi saya mempunyai genre kegemaran, iaitu aksi, thriller, komedi dan filem-filem superhero. "Transformers" merupakan salah satu kegemaran saya dan saya tidak keberatan mengakui bahawa saya suka filem chick flicks juga, seperti "Just Go for It". Saya tidak suka menonton filem yang bergenre berat yang membuatkan anda merasa tertekan apabila anda meninggalkan panggung. Saya seorang yang ghairah tentang banyak perkara dan seorang yang cukup sederhana. Apa yang anda lihat di twitter saya adalah sama seperti kehidupan yang saya jalani seharian.


Orang kuat TGV Kenny Wong

sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.