Latest News

RAGAM ARTIS DI HARI RAYA - SITI NORDIANA

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Peribahasa ini amat bersesuaian sekali dengan Siti Nordiana apabila membawa anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 4, menziarahi kubur bekas suaminya Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada hari raya.




"Walaupun bekas suami telah meninggal dunia tetapi saya tidak mahu memutuskan hubungan mereka dan biar Rayyan tahu apa yang terjadi dan berharap apabila dia sudah besar dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya," katanya dipetik sebagai berkata.

Selain ziarah kubur, ujar Siti, biarpun dia sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan keluarga bekas mertuanya di Kuala Selangor, tetapi dia sentiasa menganggap mereka sebagai darah daging sendiri dan Rayyan adalah milik bersama.

"Saya mahu Rayyan kenal keluarga arwah bapanya dan berharap silaturahim di antara kami tidak akan terputus," ujarnya.

Tinggal kenangan...


Tambah Siti, Syawal kali ini hanya disambut secara sederhana kerana apa yang paling penting baginya ialah kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara.

"Apabila kita merasai kehilangan sesuatu dalam hidup, keluarga akan menjadi perkara paling penting terutama pada Syawal," katanya bersungguh.

Tinggal kenangan...




sumber
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.