Latest News

Siti Nurhaliza dan Datuk K kembali mengerjakan umrah selama seminggu


Baru-baru ini Siti Nurhaliza sibuk dengan kontroversi produk kecantikkan yang dikeluarkan oleh syarikat beliau, kini Siti tampil dengan produknya meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Majlis yang juga merupakan satu strategi pemasaran produknya itu dilangsungkan di Masjid Wilayah iaitu tempat beliau dan suami diijabkabulkan lima tahun lalu. Dikesempatan itu, Siti juga sempat mengumumkan yang beliau akan mengerjakan Umrah bermula hari ini (19 Ogos) selama seminggu.

Siti juga menyatakan beliau amat rindukan suasana beribadah puasa di tanah suci, beliau mula mengerjakan umrah dibulan ramadhan sejak 1996 dan 1997. sejak itu beliau mula rindu untuk menjalani ibadah puasa disana.

Siti ketika ditemubual berpakaian serba hitam bertudung dan berjubah sedondon dengan Suami beliau, Datuk Khalid.

“Jika saya tidak pergi, seperti ada sesuatu yang tidak lengkap, dan jika tidak dapat berpuasa disana, saya rasa terlalu rindu,”luahnya.



sumber:oh!artis.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.