Latest News

HUNNY MADU HAMIL ENAM BULAN LUPAKAN NYANYIAN


Penyampai radio Fly FM, Hunny Madu berkata kesibukan di studio radio dan penglibatannya sebagai pengacara program televisyen memaksa dia untuk mengetepikan kerjaya muzik pada waktu ini. Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 28, berkata, bidang muzik tidak lagi menjadi keutamaannya ketika ini kerana tidak mampu mengimbangi komitmen sebagai penyampai radio, pengacara dan penyanyi secara serentak.

“Ketika saya mengeluarkan album sulung Pulau Janji pada Jun tahun lalu, saya belum hamil dan komitmen kerja juga tidak sebanyak sekarang. Kini saya akui tidak mampu mengimbangi waktu untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa serentak. Hunny yang juga pengacara program Nasi Lemak Kopi O di TV9 berkata, dia tidak berasa rugi atau terkilan dengan keputusan itu memandangkan kerjaya nyanyian dilihat seakan kurang memberangsangkan. “Saya tidak berasa rugi atau kesal pun, malah saya tidak kisah dengan keputusan ini. Selepas setahun melancarkan album itu, seolah-olah tiada jalan untuk saya mengembang dan mempromosikannya selain di Fly FM sahaja.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.