Latest News

Elfira Loy Dicemburui Peminat Randy Pangalila, Kekal Dengan Imej Kening Tebal

Sudah lumrah bila selebriti kacak mempunyai peminat, dan bukan perkara luar biasa bila ada di antara peminat-peminat ini yang merupakan peminat fanatik. Fanatik sehinggakan selebriti yang berlakon sebagai kekasih selebriti kacak tadi menjadi sasaran untuk dicemburui.

Begitulah yang terjadi pada Elfira Loy yang mengakui dirinya dicemburui peminat-peminat Randy, terutamanya yang masih muda, kepada Mangga Online.

Mereka macam jeles kerana sangat meminati Randy. Dalam komen-komen di laman sosial ada yang mengatakan tidak menyukai saya kerana mereka anggap Randy tu kekasih mereka. Saya faham situasi itu kerana mereka meminati Randy.
Saya tak kisah sebab bagi saya itu tandanya mereka sebenarnya menerima lakonan saya sehingga berasakan lakonan kami sebagai realiti.
Saya akui… saya sendiri meminati Randy dan tak missed menonton drama Cinta Kirana lakonnnya dulu. Tapi saya jatuh cinta pada wataknya bukan kepada Randy Pangalila.
Rasanya ramai yang setuju Randy dan Elfira mempunyai kimia tersendiri yang menyebabkan gandingan mereka seronok dan natural untuk ditonton.

Bagaimanapun, hasil tinjauan kami, tidak kurang juga peminat-peminat Indonesia yang mengagumi kecantikan Elfira yang dikatakan ada iras pelakon remaja Indonesia, Yasmine Wildblood.

nurulabma Ga cantik? Gila kaleeee. Sekali pandang gw liat dia kaya Yasmine Wildblood tauuu
Satu lagi perkara menarik tentang Elfira yang dia tidak kisah dikenali dengan imej kening tebal.
Saya tak naklah cukur kening sehingga halus macam orang lain. Ya.. saya ada juga trim sikit kat hujung-hujung tapi masih kekalkan ketebalannya. Tak kisahlah…
Sebenarnya peminat saya pun tak suka kalau saya nipiskan kening. Dulu pernah sebuah majalah touch up gambar saya sehingga nampak saya berkening halus, memang berubah muka saya dalam majalah itu. Ada peminat yang tak suka dan tanya balik.. di mana Elfira yang berkening tebal tu?
Daripada situ saya tahu, ada juga yang menyukai saya dengan kening tebal ini. Sebab itu saya tak kisah sangat. Lagipun ia memberi kelainan saya berbanding orang lain.
Macam itulah karakter orang yang yakin dengan diri sendiri dan patutlah dipuji. Elfira juga dikatakan tidak ada masa memikirkan tentang teman lelaki dan kini menuntut dalam jurusan komunikasi dan seni di sebuah kolej.
Untuk info, drama bersiri lakonan Elfira dan Randy akan bersiaran di Astro Ria mulai 8.30 malam, setiap Isnin mulai 29 Oktober ini. Tengok jangan tak tengok! Saksikan prebiu drama ini di sini:
Kredit gambar, Twitter Elfira Loy.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.