Latest News

Zul Ariffin Memang Kekasih Saya – Gayatri Su-Lin Pillai


Masih ingatkah anda dengan pengakuan cinta Zul Ariffin terhadap Gayatri Su-Lin Pillai? Pasti ramai yang beranggapan Zul hanya bertepuk sebelah tangan memandangkan tiada maklum balas daripada Gayatri selepas pengakuan tersebut dilakukan.
gayatri

Namun hari ini, menerusi Kosmo, Gayatri mengakui yang dia dan Zul Ariffin kini sedang hangat bercinta. Menurut Gayatri, sikap Zul yang baik, kelakar, seorang yang matang dan amat menghormati keluarga membuatkan dirinya jatuh cinta. Yang menariknya, percintaan mereka telah bermula 4 bulan lalu. Kata Gayatri:-
Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental. Soal usia saya tidak fikir sangat. Jika sesuai dengan seseorang dan serasi, usia bukan satu masalah yang besar. Lagipun sekarang sudah ramai lelaki berkahwin dengan wanita lebih berusia, bukannya sesuatu yang pelik.
gayatri
Nampak gayanya Zul dah kena mula merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Gayatri. Cinta sudah pun berbalas. Nak tunggu lama-lama buat apa kan? Apa pun kepada Zul dan Gayatri, semoga cinta anda berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.