Latest News

Saya Pernah Diserbu Sebanyak Tiga Kali – Aaron Aziz


Kasihan sungguh insan yang bernama Aaron Aziz ini. Bukan senang mencari rezeki di negara orang. Bermacam-macam dugaan yang menimpa. Memang Aaron tak pernah lekang daripada kontroversi. Terbaru, Aaron Aziz dikatakan tiada permit untuk mengarah.
aaron aziz

Walaupun isu tersebut sudah selesai apabila Aaron Aziz berkongsi gambar resit pendaftarannya sebagai ahli FDAM, sedikit sebanyak tetap ada impak negatif terhadap kerjayanya. Bercakap kepada Kosmo hari ini, Aaron Aziz berkongsi sedikit kisah dirinya diserbu di Malaysia:-
Kejadian diserbu sebegini bukanlah kali pertama kerana ia sudah berlaku sebanyak tiga kali ke atas diri saya. Sebelum ini pihak FINAS pernah membuat pemeriksaan sama ada saya memiliki permit ketika berlakon dalam filem KL Gangster serta drama Adam Dan Hawa dahulu. Sebelum ini saya pernah mengarahkan sebuah telefilem berjudul Kekasih Awal Dan Akhir pada tahun 2011, tetapi tiada pula mana-mana pihak yang datang membuat serbuan. Sudah tentu kejadian ini menimbulkan sedikit kehairanan, tetapi saya tidak mahu tuduh kalau ada orang yang ada hasad dengki. Lebih penting saya terus diberikan rezeki oleh Allah, meskipun berhadapan dengan pelbagai kontroversi selama ini
aaron aziz
Tak apalah Aaron. Tak perlu takut kerana anda memang masuk ke Malaysia dengan saluran yang betul. Dah dapat status PR dah pun. Pedulikan mereka yang dengki dengan anda. Yang penting anda jujur untuk mengembangkan lagi industri seni Malaysia. Go Aaron go!!!



______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.