Latest News

Afiq Muiz Anak Derhaka – Ibu


Terkejut beruk Abang Nara membaca luahan hati ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd, 48 tahun di Mstar Online. Tak sangka Afiq Muiz sudah berubah sehingga ibu sendiri melabelkannya sebagai anak derhaka. Afiq kena cepat-cepat pergi memohon ampun maaf kepada ibunya.
afiq mui

Kata ibu Afiq Muiz:-
Dia sudah berubah… seperti anak derhaka. Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu.
Tambah menyedihkan, perubahan ini berlaku selepas Afiq dikatakan mempunyai seorang teman wanita yang juga merupakan seorang pelakon. Tambah ibu Afiq Muiz lagi:-
Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq. Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu
afiqTambah teruk lagi, ibu Afiq Muiz mendedahkan yang dia pernah menerima SMS ugutan dan kasar bahasa daripada kekasih anaknya itu. Malah, Afiq pernah menghabiskan RM30,000 dalam tempoh masa sebulan setelah ibunya membuat semakan akaun bank.
Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni. Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya. Afiq… Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi… kembalilah pada Umi dan ingatlah… syurga itu di bawah telapak kaki ibu
afiq muizNamun Afiq yang diminta memberikan respons mengenai pendedahan ibunya ini memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang masalah. Kata Afiq Muiz:-
Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini? Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi
Takkanlah si ibu nak membohong kan? Kepada Afiq, insaflah. Ibu anda yang menjaga anda selama ini. Jangan dilupa jasa tersebut. Kalau kekasih anda itu membuatkan anda berubah, tinggalkanlah sahaja si kekasih. Redha ibu lebih penting daripada kekasih anda.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.