Latest News

Along Keluar MIG Disebabkan Bobo

Walaupun ditawarkan banyak watak sepanjang berada di bawah kawalan pengurusan MIG, Along Cham nyata masih belum mampu selesa dengan apa yang dimilikinya pada waktu ini. Lantas mengambil keputusan untuk keluar dari keponpom syarikat terbabit dirasakan sesuai untuk mengembangkan lagi kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Along
Along merupakan salah seorang pelakon yang mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat penerbitan itu sekaligus mengikuti jejak langkah Angah (Raja Lawak) yang juga merupakan teman baiknya.
Diminta mengulas berkenaan hal ini Along seperti sudah menduga, bahawa persoalan tentang wujudnya rasa tidakpuas hati beliau terhadap pihak MIG menjadi punca utama kenapa dia nekad meninggalkan syarikat tersebut.
“Sebenarnya sejak 14 Mei tahun ini saya dah keluar dan berhenti menjadi salah seorang artis dibawah pengurusan MIG. Saya keluar dari MIG dengan cara yang baik sama seperti mana saya mula mula nak ‘sign kontrak’ dulu.”

Along
“Bagi saya jika kita punyai alasan yang kukuh kenapa kita mahu meninggalkan MIG, David Teo pasti akan faham dan terima. Janganlah masa nak dapat job berlakon kemain baik lagi, tapi bila dah nak keluar buat hal pula. Siapa yang tak marah kalau ada yang buat perangai macam tu. Lagipun ingin saya jelaskan yang rasa tidak puas hati saya dengan pihak pengurusan MIG bukanlah penyebab saya mengambil tindakkan sedemikian.”
“Tapi ada juga cerita yang saya dengar, mengatakan kemasukan Bobo sebagai artis baru MIG menjadi penyebab utama saya keluar dari syarikat tersebut. Entah apa-apalah gosip macam ni. Tak ada kaitan langsung ”

Tambah Along juga, dia ada ditawarkan kontrak sambungan untuk kekal dibawah syarikat itu namun di tolaknya dengan cara elok memandangkan selama 3 tahun berada di situ dia di uruskan dengan baik. Bagaimanapun jelas Along dia masih mempunyai 4 buah filem lain yang bakal ditayangkan tidak lama lagi bersama MIG dan salah satunya ialah filem ‘Bro Nampak Motor Gua’ dimana ianya bakal ditayangkan bermula 30 Mei ini di seluruh Malaysai.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.