Latest News

Shajiry Bakal Bernikah Jun Ini. Tahniah !

‘Orang Kita’ serta ‘Hadirlah Kasih’ ketika bersama kumpulan KGB merupakan lagu yang telah memperkenalkan Shajiry kepada peminat tempatan. Pemilik nama Mohamad Shajiri bin Damery ini sudah lama tidak kita dengar tentang perkembanganya.

Shajiri, Shajiry
Terkini, Shajiry yang kami temui di Sunway Pyramid sempat menghulurkan sekeping kad jemputan perkahwinanya kepada kami. Wahh ! dalam diam diam sudah mahu berumah tangga ya bro.
Jelas Shajiri, dia dan juga bakal isterinya iaitu Yusnita binti Yusof telah pun melangsungkan majlis pertunangan pada 9 mac 2013. Manakala majlis pernikahan dan persandingan pula bakal diadakan pada 1 & 8 Jun ini bertempat di Ipoh, Perak.

Shajiri, Shajiry
“Alhamdulillah persiapan majlis persandingan yang telah dirancang pada awal tahun setakat ini semua sudah selesai dan hanya menunggu tarikh berlangsung je nanti.”
Tambah Syajiry, sifat keibuan yang ada pada bakal isterinya itu menjadi salah satu daya penarik kenapa dia mahu melamar Yusnita.
“Dia seorang wanita yang lemah lembut dan ada sifat keibuan dalam dirinya yang membuatkan saya tertarik untuk menjadikanya isteri yang sah. Lagipun dia juga banyak memberi perangsang dan menjadi tulang belakang dalam setiap perkara yang saya lakukan baik didalam bidang seni ini mahupun perniagaan yang saya ceburi.” Ujar Shajiry yang bakal muncul dengan 2 lagu terbaru selepas berkahwin nanti


Shajiri, Shajiry

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.