Latest News

Saya Diperangkap Oleh Seseorang Yang Tidak Bertanggungjawab – Shah Jaszle

Akhirnya setelah hampir 2 minggu berita penangkapan khalwatnya menjadi topik dunia hiburan tanah air, Shah Jaszle tampil bercakap memberikan kenyataan pertamanya kepada Mstar Online. Menarik juga apabila Shah Jaszle mendedahkan yang dirinya diperangkap di dalam kejadian ini.
shah jaszle

Kata Shah Jaszle:-
Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.
shah jaszle
Apa pun, Abang Nara gembira kerana mendengar betapa supportivenya tunang dan keluarga Shah Jaszle dalam menghadapi isu ini. Bukan senang nak dapat keluarga dan tunang yang begitu memahami. Kata Shah Jaszle mengenai reaksi tunangnya:-
Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka. Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya

Sama-samalah kita nantikan bulan November ini untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Buat masa ini, kita doakan sahaja hubungan Shah Jaszle dan tunangnya akan terus kekal bahagia walaupun pelbagai ujian mendatang. Semoga Shah Jaszle mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.