Latest News

Putus Cinta, Fizo Omar Luahkan Pada Diana Nasir

Apabila Fizo Omar dilaporkan baru sahaja putus cinta, nama Diana Nasir kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini tiba-tiba sahaja menjadi sebutan. Mungkin ramai yang tidak mengenali Diana kerana dia bukanlah individu penting dalam dunia hiburan tempatan.

Fizo Omar & Diana Nasir
Tapi dek kerana beberapa keping gambarnya bermesra dengan Fizo Omar tidak lama dahulu menjadi bualan hangat peminat tempatan maka pemilik nama Diana Nasir ini turut terkena tempias populariti.
Kini nama Diana Nasir kembali menjadi sebutan kerana didakwa sebagai punca terputusnya hubungan Fizo Omar dengan bekas kekasihnya yang merupakan seorang penuntut di Universiti Lim Kok Wing iaitu Haas Jaafar, 25. Nyata Diana Nasir yang kami temui baru baru ini di Putrajaya tidak terkejut dengan soalan yang kami lemparkan kepadanya.
Ujarnya ” Sebenarnya saya malas nak komen tentang apa yang berlaku diantara Fizo dengan bekas kekasihnya, takut nanti orang akan cakap saya yang menjadi orang tengah dan punca terputusnya hubungan mereka. Walau bagaimana pun saya percaya orang akan tetap mengaitkan yang saya inilah punca segala perhubungan itu terputus.”

Fizo Omar & Diana Nasir
“Memang Fizo ada maklumkan kepada saya yang dia sudah putus, tapi yang macam saya cakap tadi tak perlu saya nak ulas lebih lanjut. Dia luahkan dekat saya pun kerana saya ni kawan baik dia sejak 3 tahun lalu. ”
Apabila diminta mengulas tentang jodohnya dengan Fizo andaikata ditakdirkan suatu hari nanti, Diana mengambil sedikit masa untuk menjawap persoalan tersebut.

“Kalau dijodohkan dengan Fizo, saya sebenarnya tak terfikir kearah tu lagi. Tapi kalau dah jodoh saya dengan dia adalah nanti” jelas Diana sambil tersenyum.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.