Latest News

Zul Tidak Perdaya Saya – Gayatri

Apa boleh buat, inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh pasangan yang sedang hangat bercinta siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai. Selagi belum sah diijab kabulkan maka pelbagai cerita melibatkan pasangan ini akan terus diperkata.

Gayatri & Zul
Terbaru, semasa tayangan perdana filem terbitan Tayangan Unggul, Gayatri yang ditemui sempat memberikan sedikit respon berkenaan tanggapan umum yang mengatakan Zul sebenarnya cuba mengambil kesempatan diatas perhubungan yang terjalin itu. Bagaimanapun hal tersebut disangkal oleh Gayatri dan tetap tegas mempertahankan kekasihnya.
Menurutnya “Banyak kali juga saya mendengar tentang hal ini, bagi saya tidak perlu ambil peduli kerana apa yang diperkatakan orang ramai itu sama sekali tidak benar. Tiada istilah memperdaya mahupun cuba mengambil kesempatan terhadap kedudukan saya selaku Penerbit dan Pengarah Urusan Tayangan Unggul”

Gayatri & Zul
“Bagi saya Zul mendapat tempat dalam kebanyakkan filem terbitan Tayangan Unggul kerana dia dipilih berdasarkan bakat yang ada padanya. Lagipun bukan saya seorang sahaja yang membuat keputusan tentang pelakon mana yang harus diambil berlakon. Kami di Tayangan Unggul sendiri mempunyai panel pemilihan pelakon. Jadi tidak timbul isu pilih kasih melibatkan tawaran yang diberikan kepada Zul bagi filem keluaran Tayangan Unggul.”

Untuk makluman, filem terbaru terbitan tayangan unggul iaitu Bikers Kental yang kini sedang ditayangkan di pawagam merupakan filem terbaru menampilkan Zul Ariffin yang membawakan watak sebagai Arbi.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.