Latest News

Tak Kisah Tentang Umur, Yg Penting Bukan Che Ta – Shah Iskandar


“Saya tidak kisah pun jika pasangan saya itu nanti adalah wanita yang lebih usianya dari saya. Jika wanita sebegitu sudah menjadi jodoh saya, ya saya terima dia” Shah Iskandar

Shah Iskandar
Apabila diusik adakah ianya merujuk kepada Che Ta (Rozita Che Wan) Shah Iskandar secara spontan hanya tersenyum.
Tambahnya “Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan dengan Che Ta lagi. Semua pun maklum tentang hubungan saya dengan Che Ta macam mana sebelum ini. Lagipun dia dah nak kahwin jadi tidak elok saya dikaitkan dengan dia lagi.”
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut model, pelakon dan pengacara yang berasal dari Singapura ini sewaktu di temui di Sri Pentas TV3. Jelasnya lagi selepas hebat dikaitkan dengan pelakon wanita yang semakin berusia itu (Che Ta) dia kini dalam proses untuk mencari calon yang sesuai bagi dijadikan teman hidup sambil mengakui berkawan dengan ramai wanita yang selesa dengan dirinya.

Shah Iskandar
“Saya sebenarnya tidak ada sebarang kriteria yang khusus dalam soal pilih calon ni, sebab tu saya selesa berkawan dengan semua orang. Saya pernah juga terfikir untuk cari calon dari kalangan rakan artis bagaimanapun saya lebih selesa memilih jodoh dikalangan orang biasa”
Untuk makluman buat peminat Shah Iskandar, beliau bakal membintangi drama ‘Teduhan Kasih’ hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Membawakan watak sebagai Ryzal, drama rantaian 28 episod lakonanya ini bakal menemui anda bermula 15 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.