Latest News

Hanez Suraya Pertimbang Buat Laporan Polis Mengenai Laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan

Kalau anda tidak tahu, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun mencecah lebih 100,000 LIKE. Satu angka yang amat mendadak sekali kenaikannya. Kalau tak silap Abang Nara, angka ini tercapai kurang daripada 48 jam. Menariknya di laman ini banyak gambar-gambar yang tidak pernah dipampangkan di mana-mana media turut dikongsikan oleh pengendalinya.
hanez suraya
Namun begitu menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya berkata yang dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman Facebook ini. Kata Hanez Suraya:-
Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis. Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya
hanez dan romie
Malah Hanez Suraya turut memaklumkan sebahagian gambar yang dikongsi di laman sosial itu tidak ada kaitan dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya. Hmmmm….. Mungkin Hanez terkejut kerana ada paparazi yang berjaya merakamkan gambarnya bersama Romie di Melaka baru-baru ini (gambar di atas) dan seterusnya dimuatnaik ke laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan. Diharap Hanez lebih berhati-hati kerana gerak gerinya kini sememangnya diperhatikan orang ramai.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.