Akhirnya Zed Zaidi tampil untuk menjelaskan sebab sebenar dirinya tidak hadir ke majlis pertemuan bekas ahli jawatankuasa SENIMAN yang dianjurkan oleh Datuk Yusof Haslam baru-baru ini. Abang Nara ingatkan Zed tidak ‘gentleman’ dan takut dimaki sekiranya hadir, rupa-rupanya bekas presiden SENIMAN ini mengalami demam panas yang amat teruk. Abang Nara pernah gak kena demam panas. Nak bangun daripada katil pun terasa peritnya.
Akibat ketidakhadirannya itu, Zed Zaidi telah dicop sebagai tidak bertanggungjawab dan takut untuk menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan tersebut. Namun Zed menjelaskan yang ketidakhadirannya berpunca daripada demam dan turut mempersoalkan tujuan pertemuan tersebut diadakan. Kata Zed:-
Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang. Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan.Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment