Latest News

Kalau Ada Silap Di Pihak Saya, Saya Minta Maaf Sejujurnya – Rita Rudaini

Kontroversi yang membabitkan Rita Rudaini dan Dato’ Aliff yang dikenali dengan tagline ‘Terlajak Laris’sememangnya membuatkan banyak pihak tertanya-tanya. Iyerlah, walaupun sekadar menyampaikan apa yang disampaikan oleh orang ketiga, kenyataan ‘pondan’ yang dikeluarkan oleh Rita sudah pasti sedikit sebanyak mengguris hati Dato’ Aliff. Malah Dato’ Aliff juga telah memohon agar dirinya tidak dilibatkan lagi dalam pergaduhan antara Rita dan orang ketiga itu.
rita rudaini
Namun begitu menerusi Utusan Malaysia baru-baru ini, Rita Rudaini telah tampil dan memohon maaf dengan sejujurnya sekiranya kenyataan ‘pondan’ tersebut telah membuatkan Dato’ Aliff terguris hati. Kata Rita:-
sebenarnya saya dan Datuk Aliff sendiri pernah bekerjasama dalam urusniaga suatu ketika dahulu. Secara jujurnya saya kenal dia, tetapi apa yang berlaku tempoh hari bukan seperti apa yang difikirkan orang. Saya hanya menjelaskan keadaan sebenar yang keluar dari mulut ?seseorang’, tetapi mungkin secara tidak sengaja luahan saya itu mengguris hati Datuk Aliff. Memang saya tidak ada niat lain, kalau ada silap di pihak saya, saya minta maaf dengan sejujurnya.
Walaupun kami pernah menjalankan urusniaga suatu ketika dahulu tetapi saya memang tidak ada nombor telefon peribadi Datuk Aliff. Tetapi saya tidak kisah jika Datuk mahu saya berjumpa dengan dia untuk menjelaskan keadaan sebenar dan seterusnya minta maaf jika benar-benar dia terguris dengan tindakan saya tempoh hari. Saya sedia berjumpa.
rita rudaini
Diharap dengan permohonan maaf ini, kontroversi ini tidak lagi berlanjutan. Iyerlah, masing-masing pun cari rezeki dalam bidang yang sama. Kalau bergaduh, diri sendiri yang rugi. Mana tahu satu hari nanti Rita dan Dato’ Aliff saling perlukan bantuan antara satu sama lain. Apa pun Abang Nara respek kepada Rita kerana rela meminta maaf. Bukan senang nak buat macam itu. Tahniah Rita.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.