Latest News

Shila Amzah Sedia Terima Teguran Berkaitan Percintaan Dengan Sharnaaz

Susah sebenarnya menjadi seorang selebriti. Lagi-lagi kalau anda sedang hangat bercinta dan kisah percintaan anda menjadi perhatian banyak pihak. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Sungguh banyak kritikan dan teguran tentang percintaan mereka berdua yang telah diterima sehingga hari ini.

shila amzah

Semalam menerusi Metro Ahad, Shila Amzah menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang teguran mengenai hubungannya dengan Sharnaaz. Untuk makluman, sebelum ini banyak peminat yang menyatakan rasa tidak senang apabila melihat Shila dan Sharnaaz berpegangan tangan dan beraksi manja di khalayak ramai. Malah, nama ayah Shila iaitu ND Lala turut diheret ke dalam hal ini.

shila amzah


Sedikit petikan kata-kata Shila Amzah di Metro Ahad semalam:-

Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar.

Shila mengakui yang sebelum ini dia cuba merahsiakan percintaan mereka dengan pura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Namun Sharnaaz mendesak dengan memberitahu sampai bila mereka ingin menyorokkan hal ini.

Perkara ini ditambah dengan sikap Shaanaz yang sangat budiman dan terbuka. Pendiriannya, mengapa mahu sorok perkara benar dan dia sangat jujur dengan hubungan cinta kami. “Pernah juga pergi majlis penganugerahan dia mahu menggenggam tangan, tapi saya cuba tarik kerana bimbang dengan tanggapan orang. Bagaimanapun, Shaanaz menegur, sampai bila saya dan dia mahu berkeadaan begitu. Orang tahu kami bercinta tetapi apabila pergi majlis masing-masing, buat tidak kenal.

shila amzah

Bagi Shila, kalau ingin menegur memang boleh, namun janganlah dikaitkan dengan nama ibu dan ayahnya. Kata Shila:-

Cuma satu perkara yang ingin saya sentuh, sewaktu mereka menegur perkara terbabit dan cuba mengaitkan nama ibu dan ayah saya, adakah mereka terfikir jika perkara sama turut berlaku kepada mereka dan nama ibu bapa mereka turut dikait sama. Apa perasaan mereka ketika itu, adakah sama dengan apa yang saya rasa? “Pada saya, tidak salah jika mereka mahu menegur, tetapi biarlah ia dikaitkan dengan diri saya dan Shaanaz saja. Kerana kesalahan yang mungkin kami lakukan dari pandangan mata mereka itu hanya membabitkan kami. Saya bukan anak kecil manakala Shaanaz berusia 27 tahun, tanpa mengaitkan nama ayah dan ibu, kami boleh terima dan faham teguran yang ingin disampaikan. Rasanya, teguran dibuat tanpa niat mahu menyakitkan hati adalah lebih mulia dan mudah diterima berbanding mempunyai niat mahu menjatuhkan maruah seseorang individu.

Abang Nara rasa teguran-teguran yang diberikan kepada Shila dan Sharnaaz adalah kerana peminat sayangkan mereka berdua. Kalau tak sayang, pastinya peminat pun buat tak tahu sahaja. Lagipun rasanya Shila dilihat sebagai ikon kepada remaja-remaja di luar sana. Jadi kalau boleh jaga tingkah laku semasa bercinta, tentunya lagi molek dan lagi sedap mata memandang. Tak gitu?



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.