Latest News

Mizz Nina Kongsi Pengalaman Bersama Jay Park Selama Lima Hari Di Korea



Terbang ke Korea demi menjayakan penggambaran video klip untuk lagu terbaru bersama penyanyi terkenal Korea, Jay Park berjudul Around The World.
Mizz Nina sempat bercerita selama lima hari beliau bersama Jay Park dan juga krew yang lain ternyata peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan.
“Dapat bekerjasama dengan produski mereka bukanlah sesuatu yang senang dan untuk menerima jawapan kolaborasi bersama inipun saya perlu tunggu lama. Video klip yang diarahkan oleh NAM ini saya yakin mampu membawa nama saya pergi jauh”
Menurut Mizz Nina lagi, beliau ke sana bukan keseorangan malahan ditemani ibu tersayang yang turut meminati penyanyi Korea itu.
“Saya balik ke KL di penghujung bulan Januari dan tidak sabar untuk berkongsi video klip terbaru bersama Jay Park nanti yang mana terdapat banyak aksi tarian hebat dari beliau dan kolaborasi kami berdua di dalam tarian dan juga nyanyian”
Lagu yang bergenre Pop Dance menurut Mizz Nina merupakan kolaborasi yang dijangka hit seperti “What You Waiting For”.
Dapat bersua muka dengan penyanyi Korea itu, Mizz Nina memberitahu bahawa tidak menyangka Jay Park merupakan seorang yang sangat rendah diri walaupun begitu terkenal sebagai seorang produser dan pencipta lagu.
“Jay Park seorang yang sangat disiplin dan setiap kali bekerja dengannya jadi senang kerana dia tahu apa yang diinginkan dan dia sememangnya seorang yang berbakat di dalam tarian”
tambahnya lagi, lagu ini antara strategi Mizz Nina untuk lebih dikenali di sana dan membawa nama Malaysia di dalam lagu tersebut dan menepis dakwaan beliau dikatakan mahu meniru zaman kegemilangan k-pop sekarang.
Diselitkan bersama video Youtube lagu terbaru mereka memang best!

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.